WELLCOME SEMUA !
~on repair~

kenapa Adam? kalau nak tao, kne la follow story 'kisah Adam'. wat suspen sket r.. kisah seorang insan biasa yg pernah dinamakan Adam.. Adam The new Story! Dont stress okey.

Sunday, 24 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 5

Dua tahun lebih Adam dirantauan ibarat sekelip mata. Sibuk  bersosial, Adam giat bekerja lebih masa! Itulah yang paling rancak diatur.  Adam pandai  mengatur. Walaupun berpoya-poya, Adam tetap saving. Disebalik kisah suka, masih terselit kisah duka. Apa tidaknya, Adam pernah di’warning’ oleh suami orang akibat terlalu rapat dengan seorang wanita yang bergelar isteri. Siapa yang salah! Adam cuma berkawan, si isteri orang itu yang tergila-gilakan Adam. Adam tidak bersalah tetapi jika dilihat dari sudut agama, jelas Adam seolah-olah cuba meruntuhkan masjid, kerana sesuatu hubungan itu tidak akan wujud tanpa fed back kedua-dua belah pihak.  Adam puas. Bukan kerana berjaya memerangkap wanita itu, tetapi dia puas berpoya-poya. Dia tidak bermaksud melukakan hati sesiapa pun. Adam juga tidak berniat memainkan perasaan orang, tetapi Adam masih alpa. Dia seharusnya mengawasi pergaulannya dengan orang. Tidak boleh sebarang. Tetapi kerana kesian, Adam hanya melayani mereka semua tanpa berniat buruk. Wajah bahagia mereka muncul bila bersama Adam. Adam gembira dapat membahagiakan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri. Pun begitu Adam tidak pernah terfikir akan batasan pergaulannya dan kesan di kemudian hari. Kini ibarat hidupnya tiada sebarang masalah. Adam benar-benar merasakan dunia ini dia yang punya. Tetapi semua ini pasti tidak berterusan. Di manakah titik noktahnya.!
  Adam lupa yang dia pernah submit surat transfer beberapa tahun lalu. Kini, tanpa dijangka, Adam menerima panggilan telefon dari Jabatan Kesihatan Negeri. Aah.. Adam berbelah bagi. Dia sudah melupakan rancangan untuk pulang bekerja di kampung. Dia lebih selesa di sini. Adam buntu. Apakah dia perlu tinggalkan semua ini, nikmat dunia yang sudah sebati dengan dirinya. Adam diberi masa seminggu untuk melapor diri. Begitu singkat baginya untuk membuat keputusan. Adam tidak bersedia. Adam tidak sanggup meninggalkan rakan-rakan happeningnya di sini, apatah lagi wanita-wanita yang selalu datang menjemputnya di rumah. Adam sayang dengan semua benda yang berada di sekelilingnya. Sebilangan mereka mencadangkan agar Adam menolak tawaran tersebut, supaya Adam tinggal saja di sini. Keputusan masih di tangan Adam. Pening! Lagipun Adam tidak pernah terfikir bahawa permohonan itu telah diluluskan memandangkan usia surat permohonan itu telah menjangkau dua tahun. Adam berfikir, dia teringat syarat-syarat yang termaktub dalam akta permohonan pertukaran. Sekiranya arahan kementerian ditolak, namanya akan disenarai hitamkan dan tidak boleh membuat permohonan pertukaran dalam masa tiga tahun akan datang. Akhirnya setelah  berfikir panjang, Adam membuat keputusan untuk pulang sahaja. Penangguhan selama dua minggu sudah cukup bagi Adam untuk menyelesaikan semua perkara terutama urusan di pejabat. Berat mata memandang.............. Adam tetap akan melangkah pergi meninggalkan metropolitan yang penuh dengan memori suka dan duka. Walaupun ramai yang menangisi keputusan Adam, tetapi semuanya sudah tidak boleh diundur lagi. Walau ditangisi dengan air mata darah sekalipun, keputusan Adam tetap satu. Adam sedar semua ini pasti akan dilupai suatu hari nanti dan sedikit demi sedikit nama Adam pasti hilang dari minda mereka semua. Saat meninggalkan Johor Bahru, wajah ayahanda bonda dan keluarga muncul di skin hatinya. Rupa-rupanya Adam sangat merindukan mereka semua. Sekali lagi ditemani adiknya, Adam memecut dengan harapan Johor Bahru akan menunggu kedatangannya suatu hari nanti. JB-->KT.
Patah tumbuh hilang berganti. Adam tidak banyak kerenah bekerja di tempat baru, tiada masalah. Dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan laksana seekor sesumpah. Adam seronok. Maklum sajalah sudah bertugas di negeri sendiri. Tambahan pula jarak pemanduan selama dua jam ke kampung memberi satu bonus kepada Adam untuk menjengah keluarga. Bukan itu sahaja, dia juga dapat memantau projek rumah barunya yang telah hampir siap. Tinggal proses finalizing. Ya! Rumah untuk ibubapanya. Setelah beberapa bulan, rumah yang diinginkan siap dibina. Walaupun tidak sehebat banglo tetapi sudah cukup membuka biji mata semua si bongkak kaya yang menghuni kampung itu. Ada di kalangan mereka datang bertandang dan bertanya yang mana satukah Adam yang bertuah itu, yang berjaya membawa hidup keluarganya keluar dari belenggu kesesakan. Hidupnya kini benar-benar berubah seperti sekelip mata. Tiada lagi atap bocor ketika tidur, tidak perlu lagi meminta-minta seperti pengemis. Adam puas, tetapi bukanlah riak. Dia hanya berbangga kerana berjaya membuktikan kepada semua orang. Dia berjaya. Dendamnya kini semakin pudar. Selama ini dendam itulah yang menjadi pendorong Adam untuk berjaya. Tidak sesekali Adam menyimpan dendam itu selama-lamanya. Itu bukanlah sikapnya. Walaupun kadang-kadang sikapnya nampak kejam tetapi jauh di sudut hati, Adam seorang yang sangat mengasihani. Dia tidak sampai hati melihat saudaranya yang hidup susah. Dia mudah mengalirkan air mata bila melihat kesusahan orang lain. Kadang kala setiap kali pulang bercuti, Adam akan menziarahi mereka dengan membawa keperluaan asas seperti beras dan wang. Thats why Adam  sangat rapat dengan sepupu-sepapatnya. Adam tidak perlukan balasan, yang penting dia ikhlas. Adam mengerti yang tuhan itu maha adil dan pemberian dariNya perlu dikongsi tetapi bukanlah dengan semua orang. Adam berhati-hati. Jauh di sudut hatinya masih tersimpan sesuatu yang kurang baik. Terdapat sebilangan orang yang tidak akan dimaafkan olehnya. Saudara-mara yang tidak pernah pijak lantai rumah buruknya dulu, masih tersemat dalam otak gilanya dan pasti akan mendapat faedahnya. Adam seperti terlalu mengikut perasaan. Dia sebenarnya masih belum matang dalam membuat keputusan. Hanya tuhan penentu segala.
berbalik kepada kerjaya. Kini watak-watak baru muncul dalam komik hidupnya. Adam menemui rakan sekerja dan housemate yang baru. Keadaan tempat kerja yang baru dirasakan sangat selesa baginya. Walaupun persekitaran kota tidak sehebat sebelum ini tetapi Adam tidak kisah. Janji jadual hariannya terisi selain kerja lebih masa. Kegiatan sosialisme tidak sehebat dulu. Adam sebenarnya bersyukur. Sekurang-kurangnya dia boleh lebih berjimat sedikit jika dibandingkan dengan sebelum ini tetapi kerja lebih masa tidak pernah kurang baginya. Sehinggalah Adam menyedari dirinya hipertension kerana tidak cukup tidur. Bos menasihati Adam supaya mengurangkan kerja lebih masa terutama pada waktu malam hari. Adam bertindak mengikut arahan. Dia sedar kesihatan juga perlu dijaga. Akan tetapi walau sejauh manapun manusia berlari, dugaan dari Ilahi tidak dapat dihindari. Adam terlantar sakit selama dua minggu. Semua orang tertanya-tanya. Adakah Adam telah terkena sumpahan dari orang yang tidak berpuas hati dengannya, atau adakah dia terlalu jahat sehingga dibalas dengan ilmu hitam!.........

Bersambung...       

No comments:

Post a Comment