WELLCOME SEMUA !
~on repair~

kenapa Adam? kalau nak tao, kne la follow story 'kisah Adam'. wat suspen sket r.. kisah seorang insan biasa yg pernah dinamakan Adam.. Adam The new Story! Dont stress okey.

Sunday 26 January 2014

Just Across The River-Recommended USS Singapore.

Just Across The River-Recommended USS Singapore.


Assalamualaikum. Pertama kali saya nak minta maaf. Bukan berniat nak mengagung-agungkan negara orang, tetapi setiap tempat itu ada keunikannya yang tersendiri. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman. Semua watak terpaksa dirahsiakan kerana artikel ini diterbitkan tanpa keizinan mereka dan juga untuk menjaga privacy masing-masing.




Bertolak pada pagi itu, cuaca agak sejuk, tapi plan tetap kena jalan.. pukul 8 lebih dah gerak dari kuala Terengganu. 1st trip ni pergi satu kereta jer. They vote for my car n they deserve for it. Pada mulanya rancang untuk pergi dalam 2 biji kereta tapi ramai yg tak dapat join. Kena rushing kerana pejabat tempat kami booking tiket ke USS tutup pada pukul 8 mlm. Xde masalah sepanjang perjalanan ke JB. Masalah traffic itu biasa. Tq to mu H, hehe. Allhamdulillah. Sampai JB hampir pukul 6 ptg waktu rakyat JB tengah balik kerja. Saya dah 5 tahun tidak ke Jb. Terdapat sedikit perubahan terhadap sistem jalan raya di bandaraya ini. Sesat sikit jer hehe..  Check in kat Tune Hotel. Sebelah bawah ialah pejabat agen yang menguruskan pakej ke USS. Urusan check in, comfirm booking dan solat dah selesai. Waktu untuk betulkan urat-urat pinggang pulak, rilex-rilex hampir pukul 7 malam.


Selesai saja solat maghrib, masing-masing sudah get ready untuk keluar. Plan ke Senai Airport untuk ambik sorang lagi rakan dari KL yg dijangka sampai pukul 10mlm. Kami plan ke JPO JB dahulu sebelum ke airport. Ginilah kalau bawak kaum hawa jalan-jalan, macam-macam mall mau singgah, tp sebenarnya saya pun nak tau jugak apabenda yg ada kat JPO nun. Tempat baru dan kawasan tak pernah pergi. So, sesat lah kami di situ. Pusing bandar Kulai dua kali barulah sampai di JPO. Hurrm memang ekskusif la mall ni, customer pun tak ramai sgt sebab kami datang pun bukan pada hari minggu. Conclusion nye nice place la dan saya suka tempat ni. Terdengar announcement yang mengatakan mall akan tutup pada pukul 9.30 mlm. Kami keluar dari mall cari kereta tak jumpa. Sejuk badan saya waktu tu. Sebenarnya kami masuk tadi ikut pintu lain, macamana la nak jumpa kereta kalau keluar ikut pintu yang salah hehe.. menuju ke airport ngam2 sampai pukul sepuluh, ambik member. Jalan-jalan cari tempat makan. Pusing-pusing kat tempat jauh, akhirnya sampai kat tempat dekat ngan hotel. Kat medan makan Singgah Selalu. Lepas siap makan  hampir 12.30 mlm, terus balik tido terbongkang semua. Masing-masing penat. Esok awal pagi dah nak kene bangun.


Pukul 7.15 pagi, bekfast siap2. 7.30 pagi bas agen sudah menunggu, menuju ke USS. Bas separuh penuh kerana kami pergi bukan pada hari cuti. Selesai urusan di imigresen Malaysia. Bas berlumba dengan kenderaan lain yang nak masuk kerja. Trafik memang jem.  Sampai di imigresen Singapura, passport saya di scan 3 kali tetapi error. Kakitangan imigresen semacam pelik. Saya berdebar-debar. Scan kali keempat, baru ok. Fuh, selamat. Kami berlari-lari anak menuju ke bas yag sedang menunggu di bawah. Perjalanan diteruskan. Hurm, begini rupanya singapura. Maklum la pertama kali jejak kaki ke sini.


Kami sampai di USS lebih kurang pukul 10 pagi. Kami dilepaskan di situ sehingga 7.30 mlm. Buatkan lah apa yg anda mahu dalam masa hampir 10 jam peruntukan yg diberi. Apa lagi, masing2 berebut untuk berposing di hadapan glob Universal Studio, heiii macam budak2. 

Hehe.. Dah boleh masuk rupanya. Kami tak perlu beratur untuk membeli tiket kerana pihak agen sudah sediakan semua.. RM200 termasuk tiket, voucer makan dan voucer survenir. Mulakan perjalanan dari sebelah kanan. Peminat2 Transfomer pasti terpegun di studio 3D ini. Bukan nak cakap kat orang la, tapi diri sendiri memang teruja dengan robot ni. 

 Apatah lagi dengan kehadiran watak wira penyelamat dunia, Bumblebee dan Optimus Prime membuatkan pengunjung bergilir-gilir untuk bergambar. Including me hehe.

Optimus Prime
Bumblebee tunggu masa untuk bertukar

Boleh dikatakan setiap studio mempunyai roller coster. So, kepada yang gayat tidak digalakkan memasukinya. Bukan itu sahaja, next studio, pengunjung dibawa menerokai alam The Mummy, Madagascar, Shrek 4D, Jurassic Park, Monster inc dan mini konsert. Kemunculan watak-watak dalam movie telah membuatkan suasana menjadi kecoh.

bersama watak filem The Mummy

 Apa yg menariknya, setiap studio menjanjikan kelainan yg membuatkan pengunjung tidak jemu dan tidak menjangka apa yg akan menanti mereka selepas itu. Ada yang sanggup berulang kali naik roller coster kerana terlalu enjoy dan fanatik agaknya. Kedewasaan kami pada waktu itu hilang entah kemana. Menjerit-jerit dan meraung-raung bagai anak gadis terkena histeria, seperti orang hilang akal.. haha. Ditambah pula dengan kewujudan watak paling junior di kalangan kami yg membuatkan kitorang terikut-ikut dengan sikap keanakannya itu. Not bad, hilangkan sedikit stress.



Berehat seketika, makan dan solat. Tiada masalah kerana  restoran halal disediakan. Awas sedikit dengan harga makanan. Surau juga disediakan. Kaum hawa dinasihatkan membawa kain sembahyang. Tidak terasa penat, kami meneruskan agenda. Boleh dikatakan semua aktiviti yg disediakan telah kami cuba, ada yang berulang kali mencuba game yg sama. Never mind. Memang tak puas. Sehinggalah hampir senja, kami tgk2 jer survenir yg ada. Tgk2 jer pun hehe. Setelah separuh hari pusing2 US, kami lepak di luar sementara tunggu bas sampai. Dalam bas barulah masing2 terasa penat. Diam, memejamkan mata seketika . Sudah tentu jalan pulang sesak dengan trafik. Tapi syukur, tiada masalah di ke dua-dua imigresen. Sampai di hotel agak lewat, bergegas cari diner. Sempat lagi hidupkan enjin kereta untuk pergi makan di Stulang Laut. Mmmm permintaan ramai. Itu jer jalan yang masih saya ingat setelah berpindah tempat kerja 6 tahun yang lalu. Lepas makan terus balik tidur. Senyap.


2nd day. Yang tinggal hanya kami bertiga. Plan masuk Singapore lagi untuk melawat sekitar. Keluar agak tengahari, parking kereta di Terminal Larkin. Bekfast di Kafe Mana Lagi.


 Tunggu bas no 170, ker hentian Kranji. Tak lama pun. Bas 170 banyak. Di imigresen Malaysia tiada masalah. Kami merentasi Selat Tebrau untuk kali kedua. Tiba di imigresen Singapore, satu masalah muncul. Passport saya error, gagal di scan. Beberapa kali dicuba tetapi failed. Saya memandai-mandai memberi penjelasan bahawa semalam pun passport  saya susah di scan.  Saya disekat di situ. Staf bertugas mengarahkan saya masuk ke belakang kaunter. Saya seperti seorang pesalah. Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada waktu itu. Berdebar-debar tetapi muka masih boleh tersenyum sambil memberi isyarat  kepada dua lagi rakan supaya tunggu di luar. Haaiiiiiiii.. rasa takut pun ada. Tidak lama kemudian, seorang pegawai imigresen melayu datang, menyuruh saya mengikut beliau ke pejabat. Rupa-rupanya bukan passport saya sahaja yg bermasalah. Terdapat 5 orang lagi. Passport saya dicheck di situ. Nasib laa saya tidak diarahkan berbogel, kalu tidak, naye laa haha. Setelah dicheck, kelihatan terdapat sedikit kekotoran pada nombor muka hadapan passport. Hanya terdapat satu ‘dot’ yang tidak tanggal menyebabkan scanner tidak dapat mengimbas. Try punye try akhirnye berjaya di scan. Allhamdulillah. Saya dinasihatkan supaya menukar passport supaya perkara yg sama tidak berulang. Tidak lama kemudian, saya dilepaskan bersama beberapa orang yg lain. Terima kasih kepada staf imigresen singapura kerana memberi layanan yg sangat baik. Terasa lega semula.


Perjalanan diteruskan ke stesen MRT Kranji  menaiki bas nombor yg sama. Malu bertanya, pasti sesat. Di situ, kami di bantu oleh seorang rakyat Malaysia yg bekerja di singapura. Dia memberi sedikit petunjuk tentang sistem keretapi. Tq sis. Dari situ kami menaiki MRT ke LRT menuju Esplanade. Sampai di sana sudah tengahari. Jalan kaki ke Merlion Park sambil melihat keunikan bandaraya singapura. Hurm.. tidak kurang hebatnya. Dalam perjalanan ke Merlion Park, sambil-sambil snap pic, saya jadi careless. Sewaktu duduk di tengah jambatan ke Merlin Park, my Samsung galaxy ** tertinggal di atas tempat duduk. Sampai di hujung jambatan untuk snap pic, barulah teraba-raba mencari hset. Tiada dalam poket, tiada dalam beg. Kemudian barulah teringat tertingal di tengah jambatan tadi. Terus berkejar ke tempat kejadian. Hah! Hampa. My galaxy tiada di situ. Saya menggelabah giler time tu. Try call beberapa kali tapi tak angkat. Rasa dah xde mood untuk bergambar.. huhu..  nak buat macamana dah takde rezeki. Redho jer laaah.. Tapi sayang jugak! Semua gambar sepanjang trip ada dalam tu. Mmmm forget it. Dalam kamera rakan lain masih ada lagi hehe. Tiba-tiba tergerak hati untuk call sekali lagi.. tuuuut tuuut.. ‘hello! Hei, i found your phone. Why u so careless. My japaness tourist gave it to me. Are u local or tourist?’. ‘im tourist from malaysia’. Saya jawab, boleh laa speeking sikit-sikit hehe. Waaaaaah, saya kembali bersemangat. Seorang aunty Chinese singapore yg jawab telefon. Rupa-rupanya aunty tu seorang tourist guide. Dia membawa pelancong dari jepun. So, pelancong jepun la yg terjumpa hset saya itu. Oleh kerana tidak tahu speeking English, pelancong jepun itu memberikannya kepada aunty tourist guide itu. Syukur Alhamdulillah. Apa lagi, saya berkejaran menuju ke lokasi aunty itu berada. Di lobi hotel mengadap Merlion Park. Kami bertemu di situ. Saya mengucapkan terima kasih dan sangat memuji sikap  sebilangan rakyat singapura. Tetapi saya tidak tahu pelancong jepun manakah yg menjumpai hset saya itu kerana mereka sudah tiada di situ. Siapakah dia? Ingin sangat saya bertemu dengannya tapi tiada peluang. Sebelum beredar, aunty itu sempat membebel dan menasihati saya dalam bahasa Malaysia. Apa-apa jerlah. Die berhak memarahi saya kerana kecuaian sendiri. Tq very much aunty dan pelancong jepun..


Masa terus berlalu merentasi waktu zohor. Cuaca dua hari ini sangat menyebelahi kami. Mendung tetapi cukup memancarkan cahaya yang terang. Im rushing right now. Kami menghabiskan sisa masa yg ada untuk berposing sepuas-puasnya di sekitar Merlion Park.


dahaga

 Di hadapan sana adalah Marina Bay yang tersergam di atasnya hotel penginapan berbentuk kapal star cruise. Sangat eksklusif. 









Jam hampir menunjukkan pukul 3 ptg. Sudah boleh berangkat pulang. Kami bercadang untuk solat di hotel tempat kami menginap sahaja kerana tidak tahu lokasi masjid yang terdekat. Oleh itu kami pulang sebelum senja. Perjalanan pulang tiada sebarang masalah. Dengan izin Allah, kami selamat sampai ke seberang JB sebelum pukul 7 mlm. Masih sempat untuk kami menunaikan solat zuhur dan asar Setelah berehat seketika dan solat maghrib, dalam lingkungan pukul 8 mlm, kami mencari makan di medan Kg Senibong, menghabiskan sisa wang yang ada.

 Kadang-kadang tersasar laluan kerana banyak jalan baru dibuka. Terasa sekejap sahaja kerana besok kami akan pulang terus ke Kuala Terengganu.


Enjoy lama-lama ni menyebabkan saya rasa malas nak masuk kerja.. hehe.  Walaubagaimanapun, pelbagai kisah lucu, suka duka yang berlaku akan kekal dalam ingatan kami. Kepada semua yang menjayakan trip kali ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih. Bermula dari booking penginapan, tiket dan perbelanjaan yang di kongsi sama-sama. Tq guys. Good experience, unforgettable memory. Korang bila mahu try hehe. Hanya berbekalkan wang RM500 untuk 3 hari, sudah cukup untuk sekali sekala menikmati hidup yang singkat ini. Janji, jangan terlebih sudah. Dengan usaha dan semangat padu, kami berjaya ke seberang singapura, USS dan sekitarnya. Hurm, bukan jauh pun, just across the river. Peace. Wassalam.


Friday 30 September 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 6

Adam terlantar di kampung selama dua minggu. Dia memang kelihatan sihat walafiat, masih boleh memandu tetapi ramai orang tidak mengetahui sakitnya yang sebenar. Rakan-rakan kehairanan. Sakit misteri. Itulah yang dapat dirumuskan. Sebilangan rakan Adam berbual kosong yang Adam telah dikhianati oleh mereka yang tidak berpuas hati. Hanya Adam dan tuhan saja yang mengetahuinya. Mahu saja Adam mendapatkan rawatan perkhidmatan Radiologi HSNZ tetapi tidak perlu baginya. Adam hanya diberi rawatan kampung oleh ibubapanya. Memang benar, tetapi bukanlah bomoh kerana Adam sendiri pun tidak percayakan bomoh. Rawatan herba dan rempah ratus memang sudah lama ingin dirasai oleh Adam.  Syukur, selepas dua minggu Adam telah boleh kembali bekerja. Adam tidak mahu berfikir panjang tentang masalah itu. Apa yang penting Adam kembali senang hati, lebih-lebih lagi beberapa bulan selepas itu dia dapat bertugas di tempat sendiri, kg halamannya sendiri. Kini Adam tidak perlu lagi berulang-alik kerana sudah tinggal di rumah sendiri bersama keluarga. Sakit demamnya terjaga. Di kampung halamannya, Adam tidak lagi seperti dahulu. Hidupnya berubah secara drastik.. Adam bersyukur. Seandainya dia masih berada di Johor Bahru, hidupnya pasti masih tidak akan berubah. Tiada lagi perkara yang melalaikan. Hidupnya kini lebih terisi. Adam lebih banyak menghabiskan masa di masjid selepas waktu kerja. Jarang-jarang dia keluar bertemu rakan-rakan. Mungkin kerana di sini tidak banyak hiburan berbanding metropolitan sebelum ini dan itulah yang terbaik untuk dia. Di kampung, Adam dilihat sebagai pemuda yang suci yang tiada cacat celanya, sudah ada rumah dan kerjaya. Maka ramailah jiran-jiran cuba mencari jodoh untuknya. Begitu juga dengan orang tuanya. Kata mereka Adam sudah punyai pekerjaan tetap. Bila lagi mahu tamatkan zaman bujang. Adam hanya senyum dan menjawab belum bersedia kerana hutang keliling pinggang masih membelit tibia fibula. Duit simpanan hanya cukup sebagai persediaan di masa kecemasan sahaja. Oleh yang demikian, Adam terpaksa bekerja lebih keras untuk bersaing dalam dunia yang penuh kepalsuan ini.
            Adam terlalu obses dalam mencari kekayaan dunia. Walaupun dia sedar semua itu tidak akan kekal tetapi tanpa harta, manusia tidak akan dapat mengecapi kesenangan. Siapa kata harta dan wang ringgit itu tak penting! Mengarut sekali. Nak buang air pun kena bayar kadang-kadang sampai 50sen. Dan Adam boleh hidup selesa sekarang pun dengan harta dan wang ringgit. Orang gila saja yang akan cakap, harta dan wang itu tidak penting. Ada di kalangan rakan2 yang meminjam duit dari Adam. Itu perkara biasa. Masih adakah sesiapa yang mengatakan wang ringgit itu tidak penting! Gila! Adam cuma dapat berpuas hati dengan apa yang dicapai olehnya hari ini. Dia langsung tidak bermegah dengan apa yang ada. Dia sentiasa menolong orang lain walaupun baru dikenali. Adam juga tidak lokek untuk bersedekah jariah. Dia tidak kisah akan pandangan orang terhadapnya, orang yang tidak mengenalinya. Yang penting tuhan tahu keihklasan dalam diri Adam. Namun adam masih setia menunggu kasih dari tuhannya tanpa resah gelisah. 
            Kini Adam tidak tahu apa yang mengganggu akal fikirannya. Dia terasa kosong. dirasakan Tuhan tidak adil. Kenapa tuhan tidak kasihankan dia. Kenapa tiada lagi kurniaan cinta untuknya seperti yang kurniakan kepada orang lain. Adam bukannya memilih tetapi seandainya Tuhan berkalam ’tidak’ maka sesuatu perkara itu tidak akan terjadi. Adam seperti orang yang berputus asa. Hidupnya dirasakan sia-sia kini. Jika diikutkan hati, Adam mahu saja pergi dari dunia ini, andai mati adalah lebih baik dari hidupnya. Tapi apa yang berlaku ini telah ditetapkan dan semuanya di tangan tuhan. Adam tidak meminta semua ini dan yang berlaku adalah kehendakNya. Jadi Adam tahu yang tuhan masih bersamanya. Adam tidak mahukan kemewahan seperti Qorun tetapi Adam hanya teringinkan hidup seperti rakan-rakannya yang lain. Adam sedar kini ada satu perkara yang tidak dapat diperolehi dengan wang. Sesuatu yang memerlukan keikhlasan dua jiwa. Dengan senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, Adam berkata, ”hidup mesti terus”. Dia yakin waktu yang dinanti pasti akan tiba, sesuatu yang indah sedang menantinya di sana dan sudah tentu itu adalah kurniaan dari Tuhannya. Adam masih menanti keajaiban itu.

  • Apakah masih ada sambungannya..!

Monday 15 August 2011

bertuahnya kamu

bertuahnya kamu ada orang ambil berat,
                  tapi kamu langsung tak peduli.
bertuahnya kamu ada orang sayang,
                  tapi kamu langsung tak hargai.
bertuahnya kamu ada orang sentiasa menjaga hati,
                  tapi kamu tak pernah menjaga hati orang.
bertuahnya kamu ada seseorang bila susah,
                  tapi bila senang kamu tak pernah nak ingat orang.
bertuahnya kamu bila menjadi orang penting,
                  tapi kamu selalu pentingkan diri sendiri.
bertuahnya kamu selalu dihiburkan,
                  tapi kamu tak pernah membuat orang lain ketawa.
bertuahnya kamu selalu dipuji,
                  tapi kamu selalu mengeji orang.
bertuahnya kamu bila ada orang ingat kamu,
                  tapi kamu mudah lupa.
bertuahnya kamu bila semua org suka,
                  tapi kamu jgn cepat perasan.
bertuahnya kamu bila berada di puncak,
                  tapi bila2 masa shj kamu boleh jatuh.
bertuahkah kamu?

Friday 29 July 2011

SEMPURNAKAH KAMU.. SEMPURNAKAH DIA!

Saya tidak sempurna,
            Tolong jangan kutuk saya.

Saya tidak secerdik Luqman Al-Hakim,
            Tolong jangan tololkan saya.

Saya tidak sekacak temanmu,
            Tolong jangan bandingkan saya dengan dia.

Saya senyum dan ketawa,
            Tolong jangan fikir saya senang hati.

Saya sebetul bendul,
            Tolong jangan ketawakan saya.

Saya lembab,
            Tolong berikan saya masa.

Saya bukan jahat,
            Tolong jangan ambil kesempatan.

Saya tidak pandai mengatur kata,
            Tolong jangan ajak saya bertikam lidah.

Saya memberi peluang,
            Tolong jangan pijak kepala saya.

Saya bukan sengaja buat silap,
            Tolong jangan cepat memberi hukuman.

Saya belum sedar dari mimpi,
            Tolong kejutkan saya dengan perlahan.

Saya sesat dalam terang,
            Tolong pimpin saya.

Saya tiada masa depan,
            Tolong jangan padam memori silam saya.

Saya tiada harga diri,
            Tolong jangan pandang hina.

Saya tidak perlukan kemewahan dunia,
            Saya cuma perlukan sedikit belas kasihan.

Sunday 24 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 5

Dua tahun lebih Adam dirantauan ibarat sekelip mata. Sibuk  bersosial, Adam giat bekerja lebih masa! Itulah yang paling rancak diatur.  Adam pandai  mengatur. Walaupun berpoya-poya, Adam tetap saving. Disebalik kisah suka, masih terselit kisah duka. Apa tidaknya, Adam pernah di’warning’ oleh suami orang akibat terlalu rapat dengan seorang wanita yang bergelar isteri. Siapa yang salah! Adam cuma berkawan, si isteri orang itu yang tergila-gilakan Adam. Adam tidak bersalah tetapi jika dilihat dari sudut agama, jelas Adam seolah-olah cuba meruntuhkan masjid, kerana sesuatu hubungan itu tidak akan wujud tanpa fed back kedua-dua belah pihak.  Adam puas. Bukan kerana berjaya memerangkap wanita itu, tetapi dia puas berpoya-poya. Dia tidak bermaksud melukakan hati sesiapa pun. Adam juga tidak berniat memainkan perasaan orang, tetapi Adam masih alpa. Dia seharusnya mengawasi pergaulannya dengan orang. Tidak boleh sebarang. Tetapi kerana kesian, Adam hanya melayani mereka semua tanpa berniat buruk. Wajah bahagia mereka muncul bila bersama Adam. Adam gembira dapat membahagiakan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri. Pun begitu Adam tidak pernah terfikir akan batasan pergaulannya dan kesan di kemudian hari. Kini ibarat hidupnya tiada sebarang masalah. Adam benar-benar merasakan dunia ini dia yang punya. Tetapi semua ini pasti tidak berterusan. Di manakah titik noktahnya.!
  Adam lupa yang dia pernah submit surat transfer beberapa tahun lalu. Kini, tanpa dijangka, Adam menerima panggilan telefon dari Jabatan Kesihatan Negeri. Aah.. Adam berbelah bagi. Dia sudah melupakan rancangan untuk pulang bekerja di kampung. Dia lebih selesa di sini. Adam buntu. Apakah dia perlu tinggalkan semua ini, nikmat dunia yang sudah sebati dengan dirinya. Adam diberi masa seminggu untuk melapor diri. Begitu singkat baginya untuk membuat keputusan. Adam tidak bersedia. Adam tidak sanggup meninggalkan rakan-rakan happeningnya di sini, apatah lagi wanita-wanita yang selalu datang menjemputnya di rumah. Adam sayang dengan semua benda yang berada di sekelilingnya. Sebilangan mereka mencadangkan agar Adam menolak tawaran tersebut, supaya Adam tinggal saja di sini. Keputusan masih di tangan Adam. Pening! Lagipun Adam tidak pernah terfikir bahawa permohonan itu telah diluluskan memandangkan usia surat permohonan itu telah menjangkau dua tahun. Adam berfikir, dia teringat syarat-syarat yang termaktub dalam akta permohonan pertukaran. Sekiranya arahan kementerian ditolak, namanya akan disenarai hitamkan dan tidak boleh membuat permohonan pertukaran dalam masa tiga tahun akan datang. Akhirnya setelah  berfikir panjang, Adam membuat keputusan untuk pulang sahaja. Penangguhan selama dua minggu sudah cukup bagi Adam untuk menyelesaikan semua perkara terutama urusan di pejabat. Berat mata memandang.............. Adam tetap akan melangkah pergi meninggalkan metropolitan yang penuh dengan memori suka dan duka. Walaupun ramai yang menangisi keputusan Adam, tetapi semuanya sudah tidak boleh diundur lagi. Walau ditangisi dengan air mata darah sekalipun, keputusan Adam tetap satu. Adam sedar semua ini pasti akan dilupai suatu hari nanti dan sedikit demi sedikit nama Adam pasti hilang dari minda mereka semua. Saat meninggalkan Johor Bahru, wajah ayahanda bonda dan keluarga muncul di skin hatinya. Rupa-rupanya Adam sangat merindukan mereka semua. Sekali lagi ditemani adiknya, Adam memecut dengan harapan Johor Bahru akan menunggu kedatangannya suatu hari nanti. JB-->KT.
Patah tumbuh hilang berganti. Adam tidak banyak kerenah bekerja di tempat baru, tiada masalah. Dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan laksana seekor sesumpah. Adam seronok. Maklum sajalah sudah bertugas di negeri sendiri. Tambahan pula jarak pemanduan selama dua jam ke kampung memberi satu bonus kepada Adam untuk menjengah keluarga. Bukan itu sahaja, dia juga dapat memantau projek rumah barunya yang telah hampir siap. Tinggal proses finalizing. Ya! Rumah untuk ibubapanya. Setelah beberapa bulan, rumah yang diinginkan siap dibina. Walaupun tidak sehebat banglo tetapi sudah cukup membuka biji mata semua si bongkak kaya yang menghuni kampung itu. Ada di kalangan mereka datang bertandang dan bertanya yang mana satukah Adam yang bertuah itu, yang berjaya membawa hidup keluarganya keluar dari belenggu kesesakan. Hidupnya kini benar-benar berubah seperti sekelip mata. Tiada lagi atap bocor ketika tidur, tidak perlu lagi meminta-minta seperti pengemis. Adam puas, tetapi bukanlah riak. Dia hanya berbangga kerana berjaya membuktikan kepada semua orang. Dia berjaya. Dendamnya kini semakin pudar. Selama ini dendam itulah yang menjadi pendorong Adam untuk berjaya. Tidak sesekali Adam menyimpan dendam itu selama-lamanya. Itu bukanlah sikapnya. Walaupun kadang-kadang sikapnya nampak kejam tetapi jauh di sudut hati, Adam seorang yang sangat mengasihani. Dia tidak sampai hati melihat saudaranya yang hidup susah. Dia mudah mengalirkan air mata bila melihat kesusahan orang lain. Kadang kala setiap kali pulang bercuti, Adam akan menziarahi mereka dengan membawa keperluaan asas seperti beras dan wang. Thats why Adam  sangat rapat dengan sepupu-sepapatnya. Adam tidak perlukan balasan, yang penting dia ikhlas. Adam mengerti yang tuhan itu maha adil dan pemberian dariNya perlu dikongsi tetapi bukanlah dengan semua orang. Adam berhati-hati. Jauh di sudut hatinya masih tersimpan sesuatu yang kurang baik. Terdapat sebilangan orang yang tidak akan dimaafkan olehnya. Saudara-mara yang tidak pernah pijak lantai rumah buruknya dulu, masih tersemat dalam otak gilanya dan pasti akan mendapat faedahnya. Adam seperti terlalu mengikut perasaan. Dia sebenarnya masih belum matang dalam membuat keputusan. Hanya tuhan penentu segala.
berbalik kepada kerjaya. Kini watak-watak baru muncul dalam komik hidupnya. Adam menemui rakan sekerja dan housemate yang baru. Keadaan tempat kerja yang baru dirasakan sangat selesa baginya. Walaupun persekitaran kota tidak sehebat sebelum ini tetapi Adam tidak kisah. Janji jadual hariannya terisi selain kerja lebih masa. Kegiatan sosialisme tidak sehebat dulu. Adam sebenarnya bersyukur. Sekurang-kurangnya dia boleh lebih berjimat sedikit jika dibandingkan dengan sebelum ini tetapi kerja lebih masa tidak pernah kurang baginya. Sehinggalah Adam menyedari dirinya hipertension kerana tidak cukup tidur. Bos menasihati Adam supaya mengurangkan kerja lebih masa terutama pada waktu malam hari. Adam bertindak mengikut arahan. Dia sedar kesihatan juga perlu dijaga. Akan tetapi walau sejauh manapun manusia berlari, dugaan dari Ilahi tidak dapat dihindari. Adam terlantar sakit selama dua minggu. Semua orang tertanya-tanya. Adakah Adam telah terkena sumpahan dari orang yang tidak berpuas hati dengannya, atau adakah dia terlalu jahat sehingga dibalas dengan ilmu hitam!.........

Bersambung...       

Friday 22 July 2011

SENYUM LA SIKIT

Story 1. Roti
 Seorang penjual roti dirempuh sebuah bas lalu dia tercampak ke tepi longkang. Roti berterabur. Dia merintih kesakitan. Kemudian polis datang dan bertanya;
Polis : ada apa encik? Ada apa?
Penjual roti : adaaa roti kacaaaang, roti kayaaaa, roti coklat,.. encik nak berapa bungkus?
Polis : ??? @#%$#^.


Story 2. Sudu
Seorang pak cik tua pergi jumpa doktor.
Doktor : pak cik kena ambil ubat ni 3 sudu setiap hari.
Pak cik : susah la saya mcm ni doktor.
Doktor : kenapa pulak pak cik?
Pak cik : Kat umah pak cik ada 2 sudu jer.. mcm mana ni..!
Doktor : @#*% ... ;-)

Monday 18 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 4

Cuti. Debaran menunggu surat panggilan untuk bekerja. Setiap kali selesai solat, Adam berdoa supaya dapat bekerja di negeri terdekat. Adam sudah tidak sanggup lagi berjauhan dengan keluarga. Kesian. Macam selalu. Perasaan kesian memang kuat menebal dalam diri Adam. Adam tidak boleh melihat kesusahan orang lain ini kan pula keluarga sendiri dan saudara-mara. Lebih kurang sebulan menghabiskan masa di warung orang tuanya, Adam menerima sepucuk surat dari kementerian. Dadanya kencang berdegup, tertanya-tanya di mana agaknya dia akan ditempatkan. Adam masih tidak berani terus membukanya. Malam itu selesai solat hajat, Adam memberanikan diri mengoyak surat itu. Kepalanya seperti dihempap dengan batu. Adam terkejut sambil air mata bergenang. Tidak disangka tuhan masih belum memberi peluang untuknya. Adam tidak bersedia melapor diri di alamat yang tertulis. Yalah, Johor Bahru. Tidak pernah terlintas dalam akal fikirannya.
Adam harus menerima. Mungkin ada hikmahnya. Keluarga dan saudara mara banyak memberi semangat.  Kata mereka, mencari pengalaman di tempat orang tak ada salahnya. Adam hanya mampu mengiakan saja. Walaupun berat hati, Adam terpaksa membuat persediaan mental dan fizikal. Adam berfikir, apakah yang bakal menunggunya di sana nanti. Siapakah jenis orang yang bakal ditemuinya.  Bagaimana hidupnya di sana, sebatang kara. Macam-macam perkara berputar di benaknya.

            Memulakan tugas pertama di Johor Bahru bukanlah perkara yang diidamkan oleh Adam. Adam sentiasa ingin berdekatan dengan family. Andai ada sesuatu yang berlaku kepada ibubapanya, maka lebih senang untuk dia selesaikan. Kalau boleh semua masalah berkaitan keluarga ingin ditanggung sepenuhnya oleh Adam, sebab Adam sekarang mempunyai profesion terbaik di kalangan adik-beradiknya. Adam tidak mahu mengharapkan abang dan kakaknya semata-mata. Ibaratnya, Adam adalah ketua keluarga sekarang. Akan tetapi apa yang diharapkan tidak selalunya menjadi. Adam terpaksa menerima ketentuan takdir untuk bertugas di bandaraya Johor Bahru. Bandaraya.! Bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Adam. Dia hanya budak kampung dan lebih suka lepak di warung kopi. Naif. Adam rimas dan kekok. Nak tak nak Adam terpaksa telan dan belajar untuk berdikari di sini.  Kesepian dan jauh. Tambahan pula abangnya yang berumahtangga di Kota Tinggi sudah berpindah dan menetap di Terengganu. Adam hanya ditemani rakan satu kolej yang menerima nasib yang sama sepertinya. Adam bertuah kerana ada staf yang menolong mereka  mencari rumah sewa. Adam seperti orang buta tapi rakan-rakan serumah banyak membantu Adam menerokai dunia metropolitan yang kedua terbesar di Malaysia. Sangat indah. Mereka membawa Adam bersiar-siar dan memperkenalkan Adam dengan bandaraya yang penuh dengan kisah disebaliknya. Walaupun kadang-kadang sibuk dengan urusan dunia, Adam tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada Agama Hidup Adam sedikit bermakna dengan adanya rakan-rakan serumah yang baik hati walaupun berlainan tempat kerja. Adam bersyukur.
            Adam tiada masalah di tempat kerja. Mungkin sikapnya yang peramah membuatkan semua orang senang dengannya. Bahkan dengan bosnya sekali pun Adam masih boleh bergelak ketawa bersama-sama. Kerja ! Memang tidak dapat dinafikan Adam seorang staf yang bersemangat. Adam rajin membuat kerja lebih masa. Adam betul-betul ingin mengumpul duit. Plan utama sekarang adalah membeli kereta dan membina rumah untuk ayahanda dan bonda. Jika ada kereta maka senanglah Adam berulang-alik menjenguk keluarga di kampung. Jika sudah ada rumah sendiri, ibubapanya tidak perlu lagi membayar sewa rumah tiap-tiap bulan. Rancangan untuk kawin belum terlintas di fikiran! Jauh lagi. Masih banyak perkara penting yang Adam perlu capai.  
Dua bulan kerja, rakan  Adam telah menghantar borang untuk bertukar tempat kerja. Borang Adam akan menyusul kemudian. Ini kerana Adam tidak mahu lepaskan peluang melakukan kerja lebih masa di sini yang agak lumayan. Ini sajalah peluang Adam. Bukan xnak perpindah untuk bekerja di kampung tapi Adam perlu bersabar. Duit lebih tetap perlu dicari dan kerja lebih masa perlu dibuat Setiap hari ke tempat kerja dengan motosikal kapcai yang dipos dari kampung .
            Tiga bulan telah berlalu. Adam tidak perlu lagi menunggu bas untuk pergi ke tempat kerja. Tidak perlu lagi merempit motor buruknya yang banyak berjasa itu. Adam telah berjaya membeli kereta dengan bantuan rakan serumah. Adam lebih mudah bergerak dengan adanya kereta baru. Georgafik bandaraya sedikit sebanyak telah dipelajari. So! no problem. Pertama kalinya Adam membawa pulang kereta ke kampung ditemani adik kandung kesayangannya yang datang sehari sebelum itu. Niat Adam bukan nak menunjuk-nunjuk tapi biarlah orang kampung sedar bahawa si pengemis seperti Adam semakin berjaya. Tunggulah sedikit masa lagi, dendam Adam. Jiran-jiran yang sombong telah membuka mata dan mula bertanya kabar. Jahanam laa korang semua. Adam takkan berkompromi terus berlalu. Dengan sedikit suntikan semangat dari saudara-mara, Adam bawak sebagai bekalan untuk kembali ke Johor Bahru. Adam mendapat berita bahawa rakan sekerjanya telah berjaya bertukar tempat bertugas. Tahniah. Mungkin terasa sedikit terkilan lalu Adam telah membuat keputusan untuk menyerahkan borang pertukaran tempat kerja kepada bosnya. Adam tak kisah sangat memandangkan masih ramai lagi rakan setugas yang berjuang bersamanya.
            Kini telah pun genap setahun  Adam bertugas di sini. Pinjaman persendirian telah lulus. Adam puas hati kerana berjaya membeli tanah di kampung sendiri. Selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan untuk membina rumah ayahanda bonda. Peluang ini Adam akan gunakan sebaik mungkin.. Ini kerana dendam kepada masyarat dalam hatinya belum terbalas. Tetapi hanya itulah yang membakar semangat Adam untuk terus berusaha bermati-matian siang dan malam. Ketika itu Adam sedikit terlupa asal usul. Adam tidak peduli.  Perjalanan berliku masih jauh.. hidup mesti terus. Kembali ke Johor Bahru; Adam telah berpindah rumah dan tinggal bersama rakan sekerja. Jadual kerja dan aktiviti harian lebih mudah dirancang bersama. Di tempat kerja Adam semakin komitmen dalam tugas. Adam semakin dipercayai dan popular. Sehinggakan ada segelintir staf yang menagih cinta dari Adam. Buat masa sekarang, Adam ’say no, not yet’. Bukan nak menyakiti hati tapi Adam tak nak cerita seperti dulu berulang. Adam sudah tidak larat bersedih dan bermurung. Kisah yang mendepreskan minda akibat cinta yang tidak ke mana. Fobia? Tapi sendainya ada rakan sekerja wanita yang ajak keluar makan, Adam tidak menolak. Why not, as a friend. Mereka tak kan dapat lebih dari itu. Adam akan jelaskan awal-awal. Adam mengunci pintu hatinya seketika. Cinta bukanlah perkara pertama yang dikejar. Yang penting sekarang Adam inginkan happiness. No more sorrow just enjoy.  Aktiviti berpoya-poya tidak kurang hebatnya. Seandainya tidak bekerja, ada saja rancangan yang mereka atur. Jadual siang dengan memancing dan malam dengan wayang dan karaoke. Boleh dikatakan setiap malam ada sahaja orang yang datang menjemput Adam dengan kereta. Baik yang single atau pun isteri orang. Tidak kira dari taraf kerani sehingga jururawat serta doktor pakar, Adam tidak pernah menolak. Nak dikatakan Adam seorang yang kacak, langsung tidak. Adam tidak faham dari sudut mana orang memandangnya. Adam hanya fikirkan kekurangan pada dirinya. Tidak pernah berfikir dirinya hebat atau elok paras rupa. Langsung tidak. Dengan imej serabai, Adam tetap disenangi. Mungkin pandai menyesuaikan diri dengan semua orang memberi satu bonus kepada Adam untuk disukai oleh semua orang. Adam pun tidak tau. Adam tidak memilih. Yang penting enjoy. Niat Adam hanyalah untuk menemani mereka daripada kesunyian, tidak lebih dari itu. Tidak sesekali untuk mengambil kesempatan ke atas kebaikan mereka. Adam juga tidak pernah berkira tentang duit. Ayahanda dan bonda telah berpesan supaya jangan kedekut untuk menolong orang. Duit boleh dicari..tiada masalah bagi Adam.
            Tahun-tahun telah berlalu dengan pantas. Adam mula lupa akan keluarga di kampung. Enam bulan baru sekali bertanya khabar! Memang tidak harus berlaku. Dalam setahun dua kali pulang ke kampung menunjukkan Adam suka akan metropolitan ini. Kalau dulu Adam rimas dengan kesesakan kota, kini Adam ketagih. Seperti tiada lagi episod sedih dalam dirinya. Kebahagian di sini telah menenggelamkan kisah sedih selama ini. Adam tenggelam dalam kesibukan kota. Darah mudanya ditelan oleh keganasan kemewahan dan nafsu. Adam nyaris terjebak ke jurang dosa tetapi akal dan tuhan masih bersamanya. Akan tetapi tempias dosa masih tidak dapat dielak. Iblis sentiasa mengekori. Walaubagaimanapun Adam tidak pernah sampai terjerumus ke arah dosa besar. Adam masih ada pegangan. Itulah yang menjadi benteng dan penyelamat Adam.

~bersambung~