WELLCOME SEMUA !
~on repair~

kenapa Adam? kalau nak tao, kne la follow story 'kisah Adam'. wat suspen sket r.. kisah seorang insan biasa yg pernah dinamakan Adam.. Adam The new Story! Dont stress okey.

Friday, 8 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 3

                Setelah itu, Adam bekerja di sebuah restoran di Kuala Terengganu. Tauke restoran itu adalah kenalan Abang kedua Adam. Adam tiada masalah bekerja di situ. Adam juga disenangi oleh bos dan rakan-rakan sekerja. Bermula dari membasuh pinggan, pelayan sehinggalah membuat  air kepada pelanggan. Itulah tugas tertinggi di sebuah restoran. Adam telah mendapat kepercayaan dari bosnya dan telah dijanjikan kenaikan gaji jika Adam terus bekerja di situ. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, Adam berhenti kerja dengan alasan ingin bekerja di Johor Bahru, di tempat abang sulungnya. Tetapi itu adalah alasan semata-mata kerana tidak mahu melukakan hati bosnya. Sebenarnya Adam telah mendapat tawaran bekerja di sebuah resort. Seorang teman kilang dahulu yang bekerja di situ telah rekemen kepada Adam. Jawatan receptionist tidak terlalu berat, tetapi kadang-kadang terpaksa membuat kerja waiter sekaligus. Tiada masalah kerana Adam sudah mempunyai asas sebagai pelayan. Apa yang menjadi masalah ialah menyediakan minuman keras kepada pelanggan. Itulah tugas yang paling berat dirasai oleh Adam namun apa boleh buat, Adam pejam aje sebelah mata. Adam agak seronok kerja di situ kerana tiada masalah. Jika ada pun buat-buat tak tau jer. Itulah Adam. Cuma masalah dalaman syarikat, bukannya masalah pekerja. Lama kelamaan masalah dalaman membabitkan masalah luaran. Bahagian pengurusan kucar-kacir. Ditambah pula dengan masalah rakan sekerja yang tidak terkawal. Adam mula berpakat dengan seorang rakan setugas untuk berhenti kerja cara baik. Bos tak halang. Cukup bulan mereka berhenti.
            Lebih kurang sebulan jugak Adam menganggur. Ada saudara-mara menyuruh Adam mengisi borang kemasukan ke maktab tetapi Adam tak mahu kerana tidak berminat menjadi guru. Baginya tugas seorang guru amat berat. Mak Adam Cuma akur dengan keputusan Adam. tanpa diduga Adam menerima supucuk surat yang tertulis “ URUSAN SERI PADUKA BAGINDA”. Setelah dibuka, alangkah bersyukurnya Adam kerana telah berjaya menghadapi temuduga beberapa bulan yang lalu. Adam betul-betul tidak menyangka persediaan temuduga yang dibuat secara acuh tak acuh itu, telah memberi peluang baru yang begitu berharga kepada Adam. Adam berpeluang mengikuti kursus di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua perbelanjaan di tanggung oleh Kerajaan Malaysia. Begitu juga dengan tempat tinggal. Kursus selama tiga tahun di Kuala Lumpur.
            Adam nekad tidak akan mengsia-siakan peluang kali ini. Ibubapa Adam terpaksa bergolok bergadai jugak untuk menguruskan perbelanjaan perjalanan Adam ke Kuala Lumpur. Bapak Adam meminta bantuan rakannya untuk menghantar Adam ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan ditemani ibubapa dan kakak, Adam selamat sampai ke kuala Lumpur buat kali ke dua.  Adam bersyukur kerana dalam tempoh tiga tahun tiada masalah yang timbul. Bermula elaun bulanan RM300 sehingga RM600, Adam masih lagi boleh berjimat kerana teringatkan akan kesusahan ketika di kampung. Lagipun Adam tidak boros berbelanja kerana tidak biasa. Dengan elaun bulanan itu juga, Adam sempat mengirim wang kepada ibu di kampung. Sampai begitu sekali. Di kolej, Adam benar-benar belajar sehinggakan pernah bergelar pelajar terbaik. Satu kebanggaan, tapi Adam tidak pernah lupa dengan gelaran itu. Buktinya Adam telah berjaya menamatkan kursus diploma tersebut. Tempoh selama tiga tahun membuahkan hasil. Dendam Adam kepada masyarakat akan di balas. Manusia-manusia yang memandang rendah akan keluarga miskin seperti keluarga Adam akan melihat kejayaan yang dibawa pulang oleh Adam. Adam akan membuktikan kepada semua yang dia akan mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. 
~bersambung episod ke-4~

No comments:

Post a Comment