WELLCOME SEMUA !
~on repair~

kenapa Adam? kalau nak tao, kne la follow story 'kisah Adam'. wat suspen sket r.. kisah seorang insan biasa yg pernah dinamakan Adam.. Adam The new Story! Dont stress okey.

Friday, 29 July 2011

SEMPURNAKAH KAMU.. SEMPURNAKAH DIA!

Saya tidak sempurna,
            Tolong jangan kutuk saya.

Saya tidak secerdik Luqman Al-Hakim,
            Tolong jangan tololkan saya.

Saya tidak sekacak temanmu,
            Tolong jangan bandingkan saya dengan dia.

Saya senyum dan ketawa,
            Tolong jangan fikir saya senang hati.

Saya sebetul bendul,
            Tolong jangan ketawakan saya.

Saya lembab,
            Tolong berikan saya masa.

Saya bukan jahat,
            Tolong jangan ambil kesempatan.

Saya tidak pandai mengatur kata,
            Tolong jangan ajak saya bertikam lidah.

Saya memberi peluang,
            Tolong jangan pijak kepala saya.

Saya bukan sengaja buat silap,
            Tolong jangan cepat memberi hukuman.

Saya belum sedar dari mimpi,
            Tolong kejutkan saya dengan perlahan.

Saya sesat dalam terang,
            Tolong pimpin saya.

Saya tiada masa depan,
            Tolong jangan padam memori silam saya.

Saya tiada harga diri,
            Tolong jangan pandang hina.

Saya tidak perlukan kemewahan dunia,
            Saya cuma perlukan sedikit belas kasihan.

Sunday, 24 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 5

Dua tahun lebih Adam dirantauan ibarat sekelip mata. Sibuk  bersosial, Adam giat bekerja lebih masa! Itulah yang paling rancak diatur.  Adam pandai  mengatur. Walaupun berpoya-poya, Adam tetap saving. Disebalik kisah suka, masih terselit kisah duka. Apa tidaknya, Adam pernah di’warning’ oleh suami orang akibat terlalu rapat dengan seorang wanita yang bergelar isteri. Siapa yang salah! Adam cuma berkawan, si isteri orang itu yang tergila-gilakan Adam. Adam tidak bersalah tetapi jika dilihat dari sudut agama, jelas Adam seolah-olah cuba meruntuhkan masjid, kerana sesuatu hubungan itu tidak akan wujud tanpa fed back kedua-dua belah pihak.  Adam puas. Bukan kerana berjaya memerangkap wanita itu, tetapi dia puas berpoya-poya. Dia tidak bermaksud melukakan hati sesiapa pun. Adam juga tidak berniat memainkan perasaan orang, tetapi Adam masih alpa. Dia seharusnya mengawasi pergaulannya dengan orang. Tidak boleh sebarang. Tetapi kerana kesian, Adam hanya melayani mereka semua tanpa berniat buruk. Wajah bahagia mereka muncul bila bersama Adam. Adam gembira dapat membahagiakan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri. Pun begitu Adam tidak pernah terfikir akan batasan pergaulannya dan kesan di kemudian hari. Kini ibarat hidupnya tiada sebarang masalah. Adam benar-benar merasakan dunia ini dia yang punya. Tetapi semua ini pasti tidak berterusan. Di manakah titik noktahnya.!
  Adam lupa yang dia pernah submit surat transfer beberapa tahun lalu. Kini, tanpa dijangka, Adam menerima panggilan telefon dari Jabatan Kesihatan Negeri. Aah.. Adam berbelah bagi. Dia sudah melupakan rancangan untuk pulang bekerja di kampung. Dia lebih selesa di sini. Adam buntu. Apakah dia perlu tinggalkan semua ini, nikmat dunia yang sudah sebati dengan dirinya. Adam diberi masa seminggu untuk melapor diri. Begitu singkat baginya untuk membuat keputusan. Adam tidak bersedia. Adam tidak sanggup meninggalkan rakan-rakan happeningnya di sini, apatah lagi wanita-wanita yang selalu datang menjemputnya di rumah. Adam sayang dengan semua benda yang berada di sekelilingnya. Sebilangan mereka mencadangkan agar Adam menolak tawaran tersebut, supaya Adam tinggal saja di sini. Keputusan masih di tangan Adam. Pening! Lagipun Adam tidak pernah terfikir bahawa permohonan itu telah diluluskan memandangkan usia surat permohonan itu telah menjangkau dua tahun. Adam berfikir, dia teringat syarat-syarat yang termaktub dalam akta permohonan pertukaran. Sekiranya arahan kementerian ditolak, namanya akan disenarai hitamkan dan tidak boleh membuat permohonan pertukaran dalam masa tiga tahun akan datang. Akhirnya setelah  berfikir panjang, Adam membuat keputusan untuk pulang sahaja. Penangguhan selama dua minggu sudah cukup bagi Adam untuk menyelesaikan semua perkara terutama urusan di pejabat. Berat mata memandang.............. Adam tetap akan melangkah pergi meninggalkan metropolitan yang penuh dengan memori suka dan duka. Walaupun ramai yang menangisi keputusan Adam, tetapi semuanya sudah tidak boleh diundur lagi. Walau ditangisi dengan air mata darah sekalipun, keputusan Adam tetap satu. Adam sedar semua ini pasti akan dilupai suatu hari nanti dan sedikit demi sedikit nama Adam pasti hilang dari minda mereka semua. Saat meninggalkan Johor Bahru, wajah ayahanda bonda dan keluarga muncul di skin hatinya. Rupa-rupanya Adam sangat merindukan mereka semua. Sekali lagi ditemani adiknya, Adam memecut dengan harapan Johor Bahru akan menunggu kedatangannya suatu hari nanti. JB-->KT.
Patah tumbuh hilang berganti. Adam tidak banyak kerenah bekerja di tempat baru, tiada masalah. Dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan laksana seekor sesumpah. Adam seronok. Maklum sajalah sudah bertugas di negeri sendiri. Tambahan pula jarak pemanduan selama dua jam ke kampung memberi satu bonus kepada Adam untuk menjengah keluarga. Bukan itu sahaja, dia juga dapat memantau projek rumah barunya yang telah hampir siap. Tinggal proses finalizing. Ya! Rumah untuk ibubapanya. Setelah beberapa bulan, rumah yang diinginkan siap dibina. Walaupun tidak sehebat banglo tetapi sudah cukup membuka biji mata semua si bongkak kaya yang menghuni kampung itu. Ada di kalangan mereka datang bertandang dan bertanya yang mana satukah Adam yang bertuah itu, yang berjaya membawa hidup keluarganya keluar dari belenggu kesesakan. Hidupnya kini benar-benar berubah seperti sekelip mata. Tiada lagi atap bocor ketika tidur, tidak perlu lagi meminta-minta seperti pengemis. Adam puas, tetapi bukanlah riak. Dia hanya berbangga kerana berjaya membuktikan kepada semua orang. Dia berjaya. Dendamnya kini semakin pudar. Selama ini dendam itulah yang menjadi pendorong Adam untuk berjaya. Tidak sesekali Adam menyimpan dendam itu selama-lamanya. Itu bukanlah sikapnya. Walaupun kadang-kadang sikapnya nampak kejam tetapi jauh di sudut hati, Adam seorang yang sangat mengasihani. Dia tidak sampai hati melihat saudaranya yang hidup susah. Dia mudah mengalirkan air mata bila melihat kesusahan orang lain. Kadang kala setiap kali pulang bercuti, Adam akan menziarahi mereka dengan membawa keperluaan asas seperti beras dan wang. Thats why Adam  sangat rapat dengan sepupu-sepapatnya. Adam tidak perlukan balasan, yang penting dia ikhlas. Adam mengerti yang tuhan itu maha adil dan pemberian dariNya perlu dikongsi tetapi bukanlah dengan semua orang. Adam berhati-hati. Jauh di sudut hatinya masih tersimpan sesuatu yang kurang baik. Terdapat sebilangan orang yang tidak akan dimaafkan olehnya. Saudara-mara yang tidak pernah pijak lantai rumah buruknya dulu, masih tersemat dalam otak gilanya dan pasti akan mendapat faedahnya. Adam seperti terlalu mengikut perasaan. Dia sebenarnya masih belum matang dalam membuat keputusan. Hanya tuhan penentu segala.
berbalik kepada kerjaya. Kini watak-watak baru muncul dalam komik hidupnya. Adam menemui rakan sekerja dan housemate yang baru. Keadaan tempat kerja yang baru dirasakan sangat selesa baginya. Walaupun persekitaran kota tidak sehebat sebelum ini tetapi Adam tidak kisah. Janji jadual hariannya terisi selain kerja lebih masa. Kegiatan sosialisme tidak sehebat dulu. Adam sebenarnya bersyukur. Sekurang-kurangnya dia boleh lebih berjimat sedikit jika dibandingkan dengan sebelum ini tetapi kerja lebih masa tidak pernah kurang baginya. Sehinggalah Adam menyedari dirinya hipertension kerana tidak cukup tidur. Bos menasihati Adam supaya mengurangkan kerja lebih masa terutama pada waktu malam hari. Adam bertindak mengikut arahan. Dia sedar kesihatan juga perlu dijaga. Akan tetapi walau sejauh manapun manusia berlari, dugaan dari Ilahi tidak dapat dihindari. Adam terlantar sakit selama dua minggu. Semua orang tertanya-tanya. Adakah Adam telah terkena sumpahan dari orang yang tidak berpuas hati dengannya, atau adakah dia terlalu jahat sehingga dibalas dengan ilmu hitam!.........

Bersambung...       

Friday, 22 July 2011

SENYUM LA SIKIT

Story 1. Roti
 Seorang penjual roti dirempuh sebuah bas lalu dia tercampak ke tepi longkang. Roti berterabur. Dia merintih kesakitan. Kemudian polis datang dan bertanya;
Polis : ada apa encik? Ada apa?
Penjual roti : adaaa roti kacaaaang, roti kayaaaa, roti coklat,.. encik nak berapa bungkus?
Polis : ??? @#%$#^.


Story 2. Sudu
Seorang pak cik tua pergi jumpa doktor.
Doktor : pak cik kena ambil ubat ni 3 sudu setiap hari.
Pak cik : susah la saya mcm ni doktor.
Doktor : kenapa pulak pak cik?
Pak cik : Kat umah pak cik ada 2 sudu jer.. mcm mana ni..!
Doktor : @#*% ... ;-)

Monday, 18 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 4

Cuti. Debaran menunggu surat panggilan untuk bekerja. Setiap kali selesai solat, Adam berdoa supaya dapat bekerja di negeri terdekat. Adam sudah tidak sanggup lagi berjauhan dengan keluarga. Kesian. Macam selalu. Perasaan kesian memang kuat menebal dalam diri Adam. Adam tidak boleh melihat kesusahan orang lain ini kan pula keluarga sendiri dan saudara-mara. Lebih kurang sebulan menghabiskan masa di warung orang tuanya, Adam menerima sepucuk surat dari kementerian. Dadanya kencang berdegup, tertanya-tanya di mana agaknya dia akan ditempatkan. Adam masih tidak berani terus membukanya. Malam itu selesai solat hajat, Adam memberanikan diri mengoyak surat itu. Kepalanya seperti dihempap dengan batu. Adam terkejut sambil air mata bergenang. Tidak disangka tuhan masih belum memberi peluang untuknya. Adam tidak bersedia melapor diri di alamat yang tertulis. Yalah, Johor Bahru. Tidak pernah terlintas dalam akal fikirannya.
Adam harus menerima. Mungkin ada hikmahnya. Keluarga dan saudara mara banyak memberi semangat.  Kata mereka, mencari pengalaman di tempat orang tak ada salahnya. Adam hanya mampu mengiakan saja. Walaupun berat hati, Adam terpaksa membuat persediaan mental dan fizikal. Adam berfikir, apakah yang bakal menunggunya di sana nanti. Siapakah jenis orang yang bakal ditemuinya.  Bagaimana hidupnya di sana, sebatang kara. Macam-macam perkara berputar di benaknya.

            Memulakan tugas pertama di Johor Bahru bukanlah perkara yang diidamkan oleh Adam. Adam sentiasa ingin berdekatan dengan family. Andai ada sesuatu yang berlaku kepada ibubapanya, maka lebih senang untuk dia selesaikan. Kalau boleh semua masalah berkaitan keluarga ingin ditanggung sepenuhnya oleh Adam, sebab Adam sekarang mempunyai profesion terbaik di kalangan adik-beradiknya. Adam tidak mahu mengharapkan abang dan kakaknya semata-mata. Ibaratnya, Adam adalah ketua keluarga sekarang. Akan tetapi apa yang diharapkan tidak selalunya menjadi. Adam terpaksa menerima ketentuan takdir untuk bertugas di bandaraya Johor Bahru. Bandaraya.! Bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Adam. Dia hanya budak kampung dan lebih suka lepak di warung kopi. Naif. Adam rimas dan kekok. Nak tak nak Adam terpaksa telan dan belajar untuk berdikari di sini.  Kesepian dan jauh. Tambahan pula abangnya yang berumahtangga di Kota Tinggi sudah berpindah dan menetap di Terengganu. Adam hanya ditemani rakan satu kolej yang menerima nasib yang sama sepertinya. Adam bertuah kerana ada staf yang menolong mereka  mencari rumah sewa. Adam seperti orang buta tapi rakan-rakan serumah banyak membantu Adam menerokai dunia metropolitan yang kedua terbesar di Malaysia. Sangat indah. Mereka membawa Adam bersiar-siar dan memperkenalkan Adam dengan bandaraya yang penuh dengan kisah disebaliknya. Walaupun kadang-kadang sibuk dengan urusan dunia, Adam tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada Agama Hidup Adam sedikit bermakna dengan adanya rakan-rakan serumah yang baik hati walaupun berlainan tempat kerja. Adam bersyukur.
            Adam tiada masalah di tempat kerja. Mungkin sikapnya yang peramah membuatkan semua orang senang dengannya. Bahkan dengan bosnya sekali pun Adam masih boleh bergelak ketawa bersama-sama. Kerja ! Memang tidak dapat dinafikan Adam seorang staf yang bersemangat. Adam rajin membuat kerja lebih masa. Adam betul-betul ingin mengumpul duit. Plan utama sekarang adalah membeli kereta dan membina rumah untuk ayahanda dan bonda. Jika ada kereta maka senanglah Adam berulang-alik menjenguk keluarga di kampung. Jika sudah ada rumah sendiri, ibubapanya tidak perlu lagi membayar sewa rumah tiap-tiap bulan. Rancangan untuk kawin belum terlintas di fikiran! Jauh lagi. Masih banyak perkara penting yang Adam perlu capai.  
Dua bulan kerja, rakan  Adam telah menghantar borang untuk bertukar tempat kerja. Borang Adam akan menyusul kemudian. Ini kerana Adam tidak mahu lepaskan peluang melakukan kerja lebih masa di sini yang agak lumayan. Ini sajalah peluang Adam. Bukan xnak perpindah untuk bekerja di kampung tapi Adam perlu bersabar. Duit lebih tetap perlu dicari dan kerja lebih masa perlu dibuat Setiap hari ke tempat kerja dengan motosikal kapcai yang dipos dari kampung .
            Tiga bulan telah berlalu. Adam tidak perlu lagi menunggu bas untuk pergi ke tempat kerja. Tidak perlu lagi merempit motor buruknya yang banyak berjasa itu. Adam telah berjaya membeli kereta dengan bantuan rakan serumah. Adam lebih mudah bergerak dengan adanya kereta baru. Georgafik bandaraya sedikit sebanyak telah dipelajari. So! no problem. Pertama kalinya Adam membawa pulang kereta ke kampung ditemani adik kandung kesayangannya yang datang sehari sebelum itu. Niat Adam bukan nak menunjuk-nunjuk tapi biarlah orang kampung sedar bahawa si pengemis seperti Adam semakin berjaya. Tunggulah sedikit masa lagi, dendam Adam. Jiran-jiran yang sombong telah membuka mata dan mula bertanya kabar. Jahanam laa korang semua. Adam takkan berkompromi terus berlalu. Dengan sedikit suntikan semangat dari saudara-mara, Adam bawak sebagai bekalan untuk kembali ke Johor Bahru. Adam mendapat berita bahawa rakan sekerjanya telah berjaya bertukar tempat bertugas. Tahniah. Mungkin terasa sedikit terkilan lalu Adam telah membuat keputusan untuk menyerahkan borang pertukaran tempat kerja kepada bosnya. Adam tak kisah sangat memandangkan masih ramai lagi rakan setugas yang berjuang bersamanya.
            Kini telah pun genap setahun  Adam bertugas di sini. Pinjaman persendirian telah lulus. Adam puas hati kerana berjaya membeli tanah di kampung sendiri. Selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan untuk membina rumah ayahanda bonda. Peluang ini Adam akan gunakan sebaik mungkin.. Ini kerana dendam kepada masyarat dalam hatinya belum terbalas. Tetapi hanya itulah yang membakar semangat Adam untuk terus berusaha bermati-matian siang dan malam. Ketika itu Adam sedikit terlupa asal usul. Adam tidak peduli.  Perjalanan berliku masih jauh.. hidup mesti terus. Kembali ke Johor Bahru; Adam telah berpindah rumah dan tinggal bersama rakan sekerja. Jadual kerja dan aktiviti harian lebih mudah dirancang bersama. Di tempat kerja Adam semakin komitmen dalam tugas. Adam semakin dipercayai dan popular. Sehinggakan ada segelintir staf yang menagih cinta dari Adam. Buat masa sekarang, Adam ’say no, not yet’. Bukan nak menyakiti hati tapi Adam tak nak cerita seperti dulu berulang. Adam sudah tidak larat bersedih dan bermurung. Kisah yang mendepreskan minda akibat cinta yang tidak ke mana. Fobia? Tapi sendainya ada rakan sekerja wanita yang ajak keluar makan, Adam tidak menolak. Why not, as a friend. Mereka tak kan dapat lebih dari itu. Adam akan jelaskan awal-awal. Adam mengunci pintu hatinya seketika. Cinta bukanlah perkara pertama yang dikejar. Yang penting sekarang Adam inginkan happiness. No more sorrow just enjoy.  Aktiviti berpoya-poya tidak kurang hebatnya. Seandainya tidak bekerja, ada saja rancangan yang mereka atur. Jadual siang dengan memancing dan malam dengan wayang dan karaoke. Boleh dikatakan setiap malam ada sahaja orang yang datang menjemput Adam dengan kereta. Baik yang single atau pun isteri orang. Tidak kira dari taraf kerani sehingga jururawat serta doktor pakar, Adam tidak pernah menolak. Nak dikatakan Adam seorang yang kacak, langsung tidak. Adam tidak faham dari sudut mana orang memandangnya. Adam hanya fikirkan kekurangan pada dirinya. Tidak pernah berfikir dirinya hebat atau elok paras rupa. Langsung tidak. Dengan imej serabai, Adam tetap disenangi. Mungkin pandai menyesuaikan diri dengan semua orang memberi satu bonus kepada Adam untuk disukai oleh semua orang. Adam pun tidak tau. Adam tidak memilih. Yang penting enjoy. Niat Adam hanyalah untuk menemani mereka daripada kesunyian, tidak lebih dari itu. Tidak sesekali untuk mengambil kesempatan ke atas kebaikan mereka. Adam juga tidak pernah berkira tentang duit. Ayahanda dan bonda telah berpesan supaya jangan kedekut untuk menolong orang. Duit boleh dicari..tiada masalah bagi Adam.
            Tahun-tahun telah berlalu dengan pantas. Adam mula lupa akan keluarga di kampung. Enam bulan baru sekali bertanya khabar! Memang tidak harus berlaku. Dalam setahun dua kali pulang ke kampung menunjukkan Adam suka akan metropolitan ini. Kalau dulu Adam rimas dengan kesesakan kota, kini Adam ketagih. Seperti tiada lagi episod sedih dalam dirinya. Kebahagian di sini telah menenggelamkan kisah sedih selama ini. Adam tenggelam dalam kesibukan kota. Darah mudanya ditelan oleh keganasan kemewahan dan nafsu. Adam nyaris terjebak ke jurang dosa tetapi akal dan tuhan masih bersamanya. Akan tetapi tempias dosa masih tidak dapat dielak. Iblis sentiasa mengekori. Walaubagaimanapun Adam tidak pernah sampai terjerumus ke arah dosa besar. Adam masih ada pegangan. Itulah yang menjadi benteng dan penyelamat Adam.

~bersambung~

Friday, 8 July 2011

Adam-Satu kisah Klasik episod 3

                Setelah itu, Adam bekerja di sebuah restoran di Kuala Terengganu. Tauke restoran itu adalah kenalan Abang kedua Adam. Adam tiada masalah bekerja di situ. Adam juga disenangi oleh bos dan rakan-rakan sekerja. Bermula dari membasuh pinggan, pelayan sehinggalah membuat  air kepada pelanggan. Itulah tugas tertinggi di sebuah restoran. Adam telah mendapat kepercayaan dari bosnya dan telah dijanjikan kenaikan gaji jika Adam terus bekerja di situ. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, Adam berhenti kerja dengan alasan ingin bekerja di Johor Bahru, di tempat abang sulungnya. Tetapi itu adalah alasan semata-mata kerana tidak mahu melukakan hati bosnya. Sebenarnya Adam telah mendapat tawaran bekerja di sebuah resort. Seorang teman kilang dahulu yang bekerja di situ telah rekemen kepada Adam. Jawatan receptionist tidak terlalu berat, tetapi kadang-kadang terpaksa membuat kerja waiter sekaligus. Tiada masalah kerana Adam sudah mempunyai asas sebagai pelayan. Apa yang menjadi masalah ialah menyediakan minuman keras kepada pelanggan. Itulah tugas yang paling berat dirasai oleh Adam namun apa boleh buat, Adam pejam aje sebelah mata. Adam agak seronok kerja di situ kerana tiada masalah. Jika ada pun buat-buat tak tau jer. Itulah Adam. Cuma masalah dalaman syarikat, bukannya masalah pekerja. Lama kelamaan masalah dalaman membabitkan masalah luaran. Bahagian pengurusan kucar-kacir. Ditambah pula dengan masalah rakan sekerja yang tidak terkawal. Adam mula berpakat dengan seorang rakan setugas untuk berhenti kerja cara baik. Bos tak halang. Cukup bulan mereka berhenti.
            Lebih kurang sebulan jugak Adam menganggur. Ada saudara-mara menyuruh Adam mengisi borang kemasukan ke maktab tetapi Adam tak mahu kerana tidak berminat menjadi guru. Baginya tugas seorang guru amat berat. Mak Adam Cuma akur dengan keputusan Adam. tanpa diduga Adam menerima supucuk surat yang tertulis “ URUSAN SERI PADUKA BAGINDA”. Setelah dibuka, alangkah bersyukurnya Adam kerana telah berjaya menghadapi temuduga beberapa bulan yang lalu. Adam betul-betul tidak menyangka persediaan temuduga yang dibuat secara acuh tak acuh itu, telah memberi peluang baru yang begitu berharga kepada Adam. Adam berpeluang mengikuti kursus di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua perbelanjaan di tanggung oleh Kerajaan Malaysia. Begitu juga dengan tempat tinggal. Kursus selama tiga tahun di Kuala Lumpur.
            Adam nekad tidak akan mengsia-siakan peluang kali ini. Ibubapa Adam terpaksa bergolok bergadai jugak untuk menguruskan perbelanjaan perjalanan Adam ke Kuala Lumpur. Bapak Adam meminta bantuan rakannya untuk menghantar Adam ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan ditemani ibubapa dan kakak, Adam selamat sampai ke kuala Lumpur buat kali ke dua.  Adam bersyukur kerana dalam tempoh tiga tahun tiada masalah yang timbul. Bermula elaun bulanan RM300 sehingga RM600, Adam masih lagi boleh berjimat kerana teringatkan akan kesusahan ketika di kampung. Lagipun Adam tidak boros berbelanja kerana tidak biasa. Dengan elaun bulanan itu juga, Adam sempat mengirim wang kepada ibu di kampung. Sampai begitu sekali. Di kolej, Adam benar-benar belajar sehinggakan pernah bergelar pelajar terbaik. Satu kebanggaan, tapi Adam tidak pernah lupa dengan gelaran itu. Buktinya Adam telah berjaya menamatkan kursus diploma tersebut. Tempoh selama tiga tahun membuahkan hasil. Dendam Adam kepada masyarakat akan di balas. Manusia-manusia yang memandang rendah akan keluarga miskin seperti keluarga Adam akan melihat kejayaan yang dibawa pulang oleh Adam. Adam akan membuktikan kepada semua yang dia akan mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. 
~bersambung episod ke-4~