Adam terlantar di kampung selama dua minggu. Dia memang kelihatan sihat walafiat, masih boleh memandu tetapi ramai orang tidak mengetahui sakitnya yang sebenar. Rakan-rakan kehairanan. Sakit misteri. Itulah yang dapat dirumuskan. Sebilangan rakan Adam berbual kosong yang Adam telah dikhianati oleh mereka yang tidak berpuas hati. Hanya Adam dan tuhan saja yang mengetahuinya. Mahu saja Adam mendapatkan rawatan perkhidmatan Radiologi HSNZ tetapi tidak perlu baginya. Adam hanya diberi rawatan kampung oleh ibubapanya. Memang benar, tetapi bukanlah bomoh kerana Adam sendiri pun tidak percayakan bomoh. Rawatan herba dan rempah ratus memang sudah lama ingin dirasai oleh Adam. Syukur, selepas dua minggu Adam telah boleh kembali bekerja. Adam tidak mahu berfikir panjang tentang masalah itu. Apa yang penting Adam kembali senang hati, lebih-lebih lagi beberapa bulan selepas itu dia dapat bertugas di tempat sendiri, kg halamannya sendiri. Kini Adam tidak perlu lagi berulang-alik kerana sudah tinggal di rumah sendiri bersama keluarga. Sakit demamnya terjaga. Di kampung halamannya, Adam tidak lagi seperti dahulu. Hidupnya berubah secara drastik.. Adam bersyukur. Seandainya dia masih berada di Johor Bahru, hidupnya pasti masih tidak akan berubah. Tiada lagi perkara yang melalaikan. Hidupnya kini lebih terisi. Adam lebih banyak menghabiskan masa di masjid selepas waktu kerja. Jarang-jarang dia keluar bertemu rakan-rakan. Mungkin kerana di sini tidak banyak hiburan berbanding metropolitan sebelum ini dan itulah yang terbaik untuk dia. Di kampung, Adam dilihat sebagai pemuda yang suci yang tiada cacat celanya, sudah ada rumah dan kerjaya. Maka ramailah jiran-jiran cuba mencari jodoh untuknya. Begitu juga dengan orang tuanya. Kata mereka Adam sudah punyai pekerjaan tetap. Bila lagi mahu tamatkan zaman bujang. Adam hanya senyum dan menjawab belum bersedia kerana hutang keliling pinggang masih membelit tibia fibula. Duit simpanan hanya cukup sebagai persediaan di masa kecemasan sahaja. Oleh yang demikian, Adam terpaksa bekerja lebih keras untuk bersaing dalam dunia yang penuh kepalsuan ini.
Adam terlalu obses dalam mencari kekayaan dunia. Walaupun dia sedar semua itu tidak akan kekal tetapi tanpa harta, manusia tidak akan dapat mengecapi kesenangan. Siapa kata harta dan wang ringgit itu tak penting! Mengarut sekali. Nak buang air pun kena bayar kadang-kadang sampai 50sen. Dan Adam boleh hidup selesa sekarang pun dengan harta dan wang ringgit. Orang gila saja yang akan cakap, harta dan wang itu tidak penting. Ada di kalangan rakan2 yang meminjam duit dari Adam. Itu perkara biasa. Masih adakah sesiapa yang mengatakan wang ringgit itu tidak penting! Gila! Adam cuma dapat berpuas hati dengan apa yang dicapai olehnya hari ini. Dia langsung tidak bermegah dengan apa yang ada. Dia sentiasa menolong orang lain walaupun baru dikenali. Adam juga tidak lokek untuk bersedekah jariah. Dia tidak kisah akan pandangan orang terhadapnya, orang yang tidak mengenalinya. Yang penting tuhan tahu keihklasan dalam diri Adam. Namun adam masih setia menunggu kasih dari tuhannya tanpa resah gelisah.
Kini Adam tidak tahu apa yang mengganggu akal fikirannya. Dia terasa kosong. dirasakan Tuhan tidak adil. Kenapa tuhan tidak kasihankan dia. Kenapa tiada lagi kurniaan cinta untuknya seperti yang kurniakan kepada orang lain. Adam bukannya memilih tetapi seandainya Tuhan berkalam ’tidak’ maka sesuatu perkara itu tidak akan terjadi. Adam seperti orang yang berputus asa. Hidupnya dirasakan sia-sia kini. Jika diikutkan hati, Adam mahu saja pergi dari dunia ini, andai mati adalah lebih baik dari hidupnya. Tapi apa yang berlaku ini telah ditetapkan dan semuanya di tangan tuhan. Adam tidak meminta semua ini dan yang berlaku adalah kehendakNya. Jadi Adam tahu yang tuhan masih bersamanya. Adam tidak mahukan kemewahan seperti Qorun tetapi Adam hanya teringinkan hidup seperti rakan-rakannya yang lain. Adam sedar kini ada satu perkara yang tidak dapat diperolehi dengan wang. Sesuatu yang memerlukan keikhlasan dua jiwa. Dengan senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, Adam berkata, ”hidup mesti terus”. Dia yakin waktu yang dinanti pasti akan tiba, sesuatu yang indah sedang menantinya di sana dan sudah tentu itu adalah kurniaan dari Tuhannya. Adam masih menanti keajaiban itu.
- Apakah masih ada sambungannya..!
No comments:
Post a Comment