Di sinilah bermulanya kisah hidup Adam. Apa yang Adam ingat, dia dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak susah. Waktu itu baru nak masuk awal 80an. Mak dan bapak Adam menyewa sebelum Adam dilahirkan lagi. Sehinggalah adik bongsu Adam dilahirkan, mereka sekeluarga masih menetap di rumah tersebut. Walau sesempit mana sekalipun, rumah itulah yang melindungi Adam anak beranak sehingga adam berumur 28 tahun.
Adam masih ingat. Waktu itu Adam belum bersekolah, mungkin dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun usianya. Suatu pagi mak Adam menangis. Ramai orang datang ke rumah pagi itu. Adam masih belum mengerti apa yang sebenarnya terjadi. Rupa-rupanya adik perempuan Adam meninggal awal pagi tadi. Mati dalam buaian. Mak Adam menyedarinya ketika bangun pagi. Disyaki lelah. Waktu itu mak Adam sedang mengandung anak bongsu. Adam tak menunjukkan sebarang perasaan waktu itu, hanya biasa sahaja, tapi Adam masih ingat saat-saat dia bermain-main dengan adik perempuannya itu tapi sekarang hanya tinggal kenangan sahaja.
Berbalik kepada family Adam. Adam masih mempunyai 2 orang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki. Bapak Adam bekerja sebagai buruh waktu itu, angkut pasir untuk dijual. Bapak Adam mempunyai sebuah bot seiras bot penambang yang digunakan untuk mengangkut pasir dari dasar sungai atau pesisir sungai terus ke darat. Kadang kala Adam mengikut bapaknya ke tempat mengambil pasir dan kadang kala Adam mengikut bapa saudaranya yang mempunyai pekerjaan yang sama dengan bapaknya. Waktu itu Adam belum memahami erti kepayahan seorang ayah mencari rezeki untuk menanggung mereka sekeluarga. Sekarang mungkin tiada orang yang sanggup melakukan pekerjaan sedemikian, tapi hanya itu sahaja yang mampu dilakukan oleh bapak Adam yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. Mak Adam pula menjual kuih secara kecil-kecilan. Waktu Adam memainkan peranan sebagai penghantar kuih ke kedai berhampiran. Sehinggalah Adam bersekolah darjah satu.
Kakak Adam baru tamat SPM. Abang yang ke dua sekolah menengah. Abang sulong sudah bekerja. Abang sulong mereka lebih suka tinggal menumpang dengan emak saudara Adam yang tinggal berhampiran. Seingat Adam, selepas menjadi nelayan, abang long nya mengikut kawan-kawan bekerja di Johor Bharu. Abang long tidak rapat sangat dengan bapaknya, mungkin kerana bapak mereka itu panas baran orangnya. Adam adik beradik memang handal menerima tangan bapak mereka. Masih segar dalam ingatan Adam ketika darjah satu. Kakaknya lah yang menjadi guru di rumah. Dengan bersuluhkan pelita minyak tanah, Adam belajar menulis. Kadang2 di bentak-bentak oleh kakaknya yang mewarisi perangai panas baran bapak mereka. Tetapi itu semua Adam tidak ambil serius sangat. Walaupun tanpa lampu elektrik, Adam selesa belajar di atas lantai tanpa gangguan tv atau perkakas hiburan yang lain. Kadang-kadang dibasahi oleh air hujan yg menitis dari atap zink yg tiris. Maklumlah bapak Adam tak dapat sediakan semua itu dengan pendapatan harian cukup-cukup makan sahaja. Lagipun tahun awal 80-an memang masih banyak keluarga yang masih belum mempunyai tv. Tapi jangan cakaplah rumah orang kaya. Hingga kadang-kadang Adam adik beradik bertandang di rumah jiran untuk menonton tv. Kadang-kadang sampai tertidur kat rumah jiran. Syukurlah jiran boleh menerima kehadiran mereka.
Tidak lama selepas itu bapak Adam menjadi nelayan. Mungkin tidak tahan dengan kerja terdahulu. Mak Adam pulak mengambil upah menjaga anak jiran, namun masih belum cukup untuk menampung keperluan keluarga. Anak-anak semakin membesar dan perlu duit untuk membayar yuran sekolah. Pernah juga mak dan bapak Adam bertengkar kerana duit tak ada. Adam adik beradik kerap menangis setiap kali mak dan bapak mereka bergaduh. Dan setiap kali pertengkaran berlaku, ibu merekalah yang menjadi mangsa. Apabila ibu mereka menangis, mereka akan turut menangis. Kadang-kadang Adam memberontak keluar dari rumah kerana tak sanggup mendengar pertengkaran ibubapanya. Tetapi nasib baik pertengkaran mereka tak berterusan. Mereka agak kerap bergaduh tapi cepat berdamai.
Mulai saat itu, Adam bertekad akan mencari duit untuk membantu keluarga. Kakak Adam sudah dapat kerja sebagai tukang masak kantin sekolah.. Abang sulong mereka kerja kilang di Johor, setiap bulan dia akan kirim sedikit duit kepada mak mereka. Abang Adam yang nombor dua masih di sekolah menengah, nak menduduki SRP(skrg ni PMR). Adam pulak di akhir sekolah rendah. Adik bongsu mereka masih belum bersekolah. Adam dikurniakan pemikiran yang agak cerdas daripada adik mereka yang lain. Walau jarang mengulangkaji tetapi kedudukan Adam di kelas agak bagus. Sentiasa top ten. Bahkan Adam sudah khatam al-quran pada umur tujuh tahun. Guru mengaji al-quran Adam cakap, Adam memang mudah dan cepat belajar sesuatu. Mak saudara dan bapa saudara Adam sentiasa memberi dorongan dan mengatakan bahawa hanya Adam satu-satunya anak harapan keluarga. Bolehkan Adam merialisasikan impian keluarga mereka!
bersambung ;-(.
aku follow ye...
ReplyDeleteok rini thanx. nnti aku bg hadiah..
ReplyDeleteaku nak cekelat zag...
ReplyDeletealaa coklat kat sane laaaa....
ReplyDelete