Adam mula membuktikan keupayaan dengan memperolehi 2A 2B dalam UPSR. Walaupun tidak mendapat bantuan biasiswa, Adam masih mampu belajar. Adam dapat teruskan pelajaran ke MRSM tapi dia menolak kerana tidak bersedia. Tahun terus berganti. Adam mendapat keputusan PMR yang agak baik, 5A 2B 1C tetapi pada waktu itu saingan agak sengit dan keputusan sedemikian hanya di anggap biasa. Adam meneruskan pelajaran di sekolah yang sama. Peperiksaan kali ini agak mengecewakan Adam. Keputusan SPM dengan pangkat 2, agregat 26, oleh kerana keputusan dalam aliran sains, keputusan masih di anggap mahal. Adam cuba memohon memasuki USM Pulau Pinang dalam aliran sains computer tetapi tidak berjaya. Adm juga menerima satu lagi tawaran kursus akauntan di ITM Arau Perlis tetapi menolak kerana risiko mendapatkan pekerjaan akauntan agak sukar. Sementara itu, Adam masuk ke tingkatan enam bawah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, salah satu sekolah yang tersohor di Terengganu.
Berbalik kepada keluarga Adam. Bapaknya mendapat tapak untuk berniaga warung kopi tinggalan seorang jiran satu kampong. Lokasi agak dekat dengan tempat tinggal mereka. Mak Adam sudah tidak mengambil upah menjaga budak tetapi masih membuat kuih untuk di jual di warung. Abang sulong Adam sudah berumah tangga dan menetap di Kota Tinggi Johor, manakala Kakak Adam juga telah berkahwin dengan orang di kampong bersebelahan dan sudah tinggal berasingan. Abang ke dua Adam masih belum mempunyai kerja tetap dan sedang mengikuti kursus di TESDEC. Adik bongsu mereka masih bersekolah rendah. Walaupun tinggal lima beranak tatapi nasib keluarga masih seperti dulu. Pelbagai bantuan kerajaan telah di pohon tetapi semuanya hampa. Bantuan memohon tanah tidak lulus, bantuan kewangan untuk baikpulih rumah pun tak dapat. Bantuan rakyat miskin pun jauh sekali padahal ada keluarga yang lebih mampu daripada mereka berjaya memperolehi bantuan-bantuan tersebut. Di manakah keadilan! Baik penghulu kampong , JKK kampong atau AJK pemuda UMNO. Alasan mereka Adam dan adik-beradik tidak bekerja dengan kerajaan. Adam tidak akan lupa akan kata-kata mereka itu. Adam akur dengan ketentuan ilahi,walau sesekali Adam tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata. Adam mengerti akan qada dan qadar dan pasti suatu hari nanti semua ini akan berubah. Adam seakan berdendam dan tertekad tidak akan memohon bantuan sesiapa pun selepas ini. Dia lebih senang berdikari. Jika diingatkan kembali sejak sekolah rendah Adam tidak mendapat apa-apa bantuan dari pihak sekolah termasuk biasiswa sehinggalah sekolah menengah. Adam juga pernah bekerja sambilan di perusahaan batik di kampungnya ketika menunggu keputusan PMR dan SPM. Kalau boleh Adam tidak mahu bergantung sangat dengan ibubapanya. Hanya berbekal duit 50 sen hingga seringgit duit belanja yang di gunakan untuk bayar tambang bas dan beli buku dan peralatan sekolah yang lain. Adam terpaksa ikat perut tiap-tiap hari kerana tidak tergamak untuk meminta duit dengan ibubapa. Saban tahun Adam belajar berdikari, dan dari situ Adam telah belajar erti sebenar kehidupan dan kesusahan. Tiada siapa yang boleh menipu Adam erti kesusahan kerana dia telah melalui semuanya.
Adam tidak menyangka sama sekali permohonannya ke politeknik telah berjaya. Waktu itu Adam masih di akhir tahun tingkatan enam bawah. Cikgu kelas memberi kata dua kepada Adam untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Pihak sekolah berjanji akan memberi biasiswa jika Adam stay di sekolah itu. Ini kerana Adam ialah pelajar paling cemerlang dalam tahun itu dan menjadi harapan guru dan rakan-rakan sekelasnya. Akhirnya Adam membuat keputusan untuk menerima tawaran ke politeknik tersebut. Adam telah menghantar surat berhenti sekolah. Adam telah melihat masa depannya di situ. Dia akan membuktikan pada semua orang yang memandang rendah pada keluarganya selama ini. Dia akan membuktikan bahawa anak miskin boleh berjaya dan akan mengubah nasib keluarga. Persiapan mula dibuat. Semua kelengkapan telah disediakan. Tetapi, rupa-rupanya panas yang diharapkan tidak sampai ke petang. Adam tergaman, hancur remuk hati dan harapannya. Adam telah menerima sepucuk surat dari politeknik menyatakan tawaran kemasukan ke sana telah terbatal. Akibat sedikit kesilapan semasa mengisi borang dan dianggap menulis keputusan palsu. Adam sedikit putus asa dan semacam hidup tidak berguna lagi. Adam kuatkan semangat untuk terus hidup. Hanya tuhan tempat Adam memohon kekuatan untuk meneruskan hidup.
Adam telah memulakan azam baru. Adam ingin bekerja untuk membantu keluarga. Sebagai langkah pertama, Adam mengikut sepupunya bekerja di Shah Alam Selangor. Kerja sebagai operator mesin di kilang kabel tidaklah seindah yang disangka. Hidup Adam terasa kosong. Akibat tidak tahan bekerja di sana dan tidak biasa berjauhan dengan keluarga, Adam kembali ke kampung. Adam mencuba nasib bekerja di kilang Hasu Industry di Chendering. Adam seronok bekerja kerana ramai rakan setugas yang baik hati di sana. Adam rajin membuat kerja over time dan senang dengan suasana kerja di sana. Beban keluarga dapat dikurangkan kerana Adam telah dapat mencari duit sendiri dan sempat mengambil lesen motosikal. Adam berulang ke tempat kerja dengan motor Suzuki bes abang keduanya yang tidak dapat bekerja kerana patah kaki akibat bermain bola sepak. Sekarang Adamlah yang menjaga motor tersebut. Langit tidak selalu cerah. Ekonomi Malaysia telah dilanda inflasi dan nagara mengalami kejatuhan ekonomi. Syarikat terpaksa mengurangkan staf. Ramai pekerja baru dipecat dengan sedikit pampasan termasuk Adam sendiri. Semua itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Adam. Sementara itu Adam telah mengisi borang SPA8 bagi mencuba nasib mendapatkan jawatan kerajaan atau sebarang latihan. Setelah itu Adam bekerja di kilang papan lapis Metro Pacific di Gong Badak. Adam juga senang bertugas di situ kerana senang membuat kerja lebih masa. Kadang-kadang adam membuat overtime sehingga lapan jam. Tujuan utamanya ialah kerana duit. Duit adalah segala-galanya bagi adam. Jika tiada duit, tiada benda dapat di buat. Adam mendapat ramai kawan dan di situ juga Adam berkenalan dengan seorang gadis yang elok rupa paras dan budi pekertinya. Mereka bercinta. Adam membuat keputusan untuk melamar tetapi abang si gadis telah mempunyai calon suami untuk adiknya itu. Seorang guru. Sebagai seorang wali, abangnya tidak bersetuju, si gadis terpaksa akur dan Adam terpaksa melepaskan orang tersayang demi kebahagiannya. Lagi pun Adam hanya pekerja kilang. Apalah sangat. Walupun begitu Adam sekali lagi menerima suratan takdir dengan hati yang tabah dan sabar. Berkat sokongan kawan-kawan, Adam dapat melupakan perkara itu. Maybe jodoh mereka bukan di situ. Mereka berpisah kerana syarikat sekali lagi terpaksa membuang pekerja kerana kemelesetan ekonomi. Adam dan kawan-kawan sekali lagi menjadi mangsa, kerana sedikit pampasan sahaja akan diberi kepada orang baru seperti Adam yang bekerja tidak sampai setahun.
~bersambung~
