Assalamualaikum. Pertama kali saya nak minta maaf. Bukan berniat nak mengagung-agungkan negara orang, tetapi setiap tempat itu ada keunikannya yang tersendiri. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman. Semua watak terpaksa dirahsiakan kerana artikel ini diterbitkan tanpa keizinan mereka dan juga untuk menjaga privacy masing-masing.
Bertolak pada pagi itu, cuaca agak sejuk, tapi plan tetap kena jalan.. pukul 8 lebih dah gerak dari kuala Terengganu. 1st trip ni pergi satu kereta jer. They vote for my car n they deserve for it. Pada mulanya rancang untuk pergi dalam 2 biji kereta tapi ramai yg tak dapat join. Kena rushing kerana pejabat tempat kami booking tiket ke USS tutup pada pukul 8 mlm. Xde masalah sepanjang perjalanan ke JB. Masalah traffic itu biasa. Tq to mu H, hehe. Allhamdulillah. Sampai JB hampir pukul 6 ptg waktu rakyat JB tengah balik kerja. Saya dah 5 tahun tidak ke Jb. Terdapat sedikit perubahan terhadap sistem jalan raya di bandaraya ini. Sesat sikit jer hehe.. Check in kat Tune Hotel. Sebelah bawah ialah pejabat agen yang menguruskan pakej ke USS. Urusan check in, comfirm booking dan solat dah selesai. Waktu untuk betulkan urat-urat pinggang pulak, rilex-rilex hampir pukul 7 malam.
Selesai saja solat maghrib,
masing-masing sudah get ready untuk keluar. Plan ke Senai Airport untuk ambik
sorang lagi rakan dari KL yg dijangka sampai pukul 10mlm. Kami plan ke JPO JB
dahulu sebelum ke airport. Ginilah kalau bawak kaum hawa jalan-jalan,
macam-macam mall mau singgah, tp sebenarnya saya pun nak tau jugak apabenda yg
ada kat JPO nun. Tempat baru dan kawasan tak pernah pergi. So, sesat lah kami
di situ. Pusing bandar Kulai dua kali barulah sampai di JPO. Hurrm memang
ekskusif la mall ni, customer pun tak ramai sgt sebab kami datang pun bukan
pada hari minggu. Conclusion nye nice place la dan saya suka tempat ni.
Terdengar announcement yang mengatakan mall akan tutup pada pukul 9.30 mlm.
Kami keluar dari mall cari kereta tak jumpa. Sejuk badan saya waktu tu.
Sebenarnya kami masuk tadi ikut pintu lain, macamana la nak jumpa kereta kalau
keluar ikut pintu yang salah hehe.. menuju ke airport ngam2 sampai pukul
sepuluh, ambik member. Jalan-jalan cari tempat makan. Pusing-pusing kat tempat
jauh, akhirnya sampai kat tempat dekat ngan hotel. Kat medan makan Singgah Selalu.
Lepas siap makan hampir 12.30 mlm, terus
balik tido terbongkang semua. Masing-masing penat. Esok awal pagi dah nak kene
bangun.
Pukul 7.15 pagi, bekfast siap2.
7.30 pagi bas agen sudah menunggu, menuju ke USS. Bas separuh penuh kerana kami
pergi bukan pada hari cuti. Selesai urusan di imigresen Malaysia. Bas berlumba
dengan kenderaan lain yang nak masuk kerja. Trafik memang jem. Sampai di imigresen Singapura, passport saya
di scan 3 kali tetapi error. Kakitangan imigresen semacam pelik. Saya
berdebar-debar. Scan kali keempat, baru ok. Fuh, selamat. Kami berlari-lari
anak menuju ke bas yag sedang menunggu di bawah. Perjalanan diteruskan. Hurm,
begini rupanya singapura. Maklum la pertama kali jejak kaki ke sini.
Kami sampai di USS lebih kurang
pukul 10 pagi. Kami dilepaskan di situ sehingga 7.30 mlm. Buatkan lah apa yg
anda mahu dalam masa hampir 10 jam peruntukan yg diberi. Apa lagi, masing2
berebut untuk berposing di hadapan glob Universal Studio, heiii macam budak2.
Hehe.. Dah boleh masuk rupanya. Kami tak perlu beratur untuk membeli tiket kerana pihak agen sudah sediakan semua.. RM200 termasuk tiket, voucer makan dan voucer survenir. Mulakan perjalanan dari sebelah kanan. Peminat2 Transfomer pasti terpegun di studio 3D ini. Bukan nak cakap kat orang la, tapi diri sendiri memang teruja dengan robot ni.
Apatah lagi dengan kehadiran watak wira
penyelamat dunia, Bumblebee dan Optimus Prime membuatkan pengunjung
bergilir-gilir untuk bergambar. Including me hehe.
![]() |
| Optimus Prime |
![]() |
| Bumblebee tunggu masa untuk bertukar |
Boleh dikatakan setiap
studio mempunyai roller coster. So, kepada yang gayat tidak digalakkan
memasukinya. Bukan itu sahaja, next studio, pengunjung dibawa menerokai alam
The Mummy, Madagascar, Shrek 4D, Jurassic Park, Monster inc dan mini konsert. Kemunculan watak-watak dalam movie telah membuatkan suasana menjadi kecoh.
![]() |
| bersama watak filem The Mummy |
Apa yg menariknya, setiap studio menjanjikan kelainan yg membuatkan pengunjung tidak jemu dan tidak menjangka apa yg akan menanti mereka selepas itu. Ada yang sanggup berulang kali naik roller coster kerana terlalu enjoy dan fanatik agaknya. Kedewasaan kami pada waktu itu hilang entah kemana. Menjerit-jerit dan meraung-raung bagai anak gadis terkena histeria, seperti orang hilang akal.. haha. Ditambah pula dengan kewujudan watak paling junior di kalangan kami yg membuatkan kitorang terikut-ikut dengan sikap keanakannya itu. Not bad, hilangkan sedikit stress.
Berehat seketika, makan dan
solat. Tiada masalah kerana restoran
halal disediakan. Awas sedikit dengan harga makanan. Surau juga disediakan.
Kaum hawa dinasihatkan membawa kain sembahyang. Tidak terasa penat, kami
meneruskan agenda. Boleh dikatakan semua aktiviti yg disediakan telah kami
cuba, ada yang berulang kali mencuba game yg sama. Never mind. Memang tak puas.
Sehinggalah hampir senja, kami tgk2 jer survenir yg ada. Tgk2 jer pun hehe. Setelah
separuh hari pusing2 US, kami lepak di luar sementara tunggu bas sampai. Dalam
bas barulah masing2 terasa penat. Diam, memejamkan mata seketika . Sudah tentu
jalan pulang sesak dengan trafik. Tapi syukur, tiada masalah di ke dua-dua
imigresen. Sampai di hotel agak lewat, bergegas cari diner. Sempat lagi
hidupkan enjin kereta untuk pergi makan di Stulang Laut. Mmmm permintaan ramai.
Itu jer jalan yang masih saya ingat setelah berpindah tempat kerja 6 tahun yang
lalu. Lepas makan terus balik tidur. Senyap.
2nd day. Yang tinggal hanya kami bertiga. Plan masuk Singapore lagi untuk melawat sekitar. Keluar agak
tengahari, parking kereta di Terminal Larkin. Bekfast di Kafe Mana Lagi.
Tunggu bas no 170, ker hentian Kranji. Tak lama pun. Bas 170 banyak. Di imigresen Malaysia tiada masalah. Kami merentasi Selat Tebrau untuk kali kedua. Tiba di imigresen Singapore, satu masalah muncul. Passport saya error, gagal di scan. Beberapa kali dicuba tetapi failed. Saya memandai-mandai memberi penjelasan bahawa semalam pun passport saya susah di scan. Saya disekat di situ. Staf bertugas mengarahkan saya masuk ke belakang kaunter. Saya seperti seorang pesalah. Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada waktu itu. Berdebar-debar tetapi muka masih boleh tersenyum sambil memberi isyarat kepada dua lagi rakan supaya tunggu di luar. Haaiiiiiiii.. rasa takut pun ada. Tidak lama kemudian, seorang pegawai imigresen melayu datang, menyuruh saya mengikut beliau ke pejabat. Rupa-rupanya bukan passport saya sahaja yg bermasalah. Terdapat 5 orang lagi. Passport saya dicheck di situ. Nasib laa saya tidak diarahkan berbogel, kalu tidak, naye laa haha. Setelah dicheck, kelihatan terdapat sedikit kekotoran pada nombor muka hadapan passport. Hanya terdapat satu ‘dot’ yang tidak tanggal menyebabkan scanner tidak dapat mengimbas. Try punye try akhirnye berjaya di scan. Allhamdulillah. Saya dinasihatkan supaya menukar passport supaya perkara yg sama tidak berulang. Tidak lama kemudian, saya dilepaskan bersama beberapa orang yg lain. Terima kasih kepada staf imigresen singapura kerana memberi layanan yg sangat baik. Terasa lega semula.
Perjalanan diteruskan ke stesen
MRT Kranji menaiki bas nombor yg sama. Malu
bertanya, pasti sesat. Di situ, kami di bantu oleh seorang rakyat Malaysia yg
bekerja di singapura. Dia memberi sedikit petunjuk tentang sistem keretapi. Tq sis.
Dari situ kami menaiki MRT ke LRT menuju Esplanade. Sampai di sana sudah
tengahari. Jalan kaki ke Merlion Park sambil melihat keunikan bandaraya
singapura. Hurm.. tidak kurang hebatnya. Dalam perjalanan ke Merlion Park,
sambil-sambil snap pic, saya jadi careless. Sewaktu duduk di tengah jambatan ke
Merlin Park, my Samsung galaxy ** tertinggal di atas tempat duduk. Sampai di
hujung jambatan untuk snap pic, barulah teraba-raba mencari hset. Tiada dalam
poket, tiada dalam beg. Kemudian barulah teringat tertingal di tengah jambatan
tadi. Terus berkejar ke tempat kejadian. Hah! Hampa. My galaxy tiada di situ.
Saya menggelabah giler time tu. Try call beberapa kali tapi tak angkat. Rasa
dah xde mood untuk bergambar.. huhu.. nak
buat macamana dah takde rezeki. Redho jer laaah.. Tapi sayang jugak! Semua
gambar sepanjang trip ada dalam tu. Mmmm forget it. Dalam kamera rakan lain
masih ada lagi hehe. Tiba-tiba tergerak hati untuk call sekali lagi.. tuuuut
tuuut.. ‘hello! Hei, i found your phone. Why u so careless. My japaness tourist
gave it to me. Are u local or tourist?’. ‘im tourist from malaysia’. Saya jawab,
boleh laa speeking sikit-sikit hehe. Waaaaaah, saya kembali bersemangat. Seorang
aunty Chinese singapore yg jawab telefon. Rupa-rupanya aunty tu seorang tourist
guide. Dia membawa pelancong dari jepun. So, pelancong jepun la yg terjumpa
hset saya itu. Oleh kerana tidak tahu speeking English, pelancong jepun itu
memberikannya kepada aunty tourist guide itu. Syukur Alhamdulillah. Apa lagi,
saya berkejaran menuju ke lokasi aunty itu berada. Di lobi hotel mengadap
Merlion Park. Kami bertemu di situ. Saya mengucapkan terima kasih dan sangat
memuji sikap sebilangan rakyat singapura.
Tetapi saya tidak tahu pelancong jepun manakah yg menjumpai hset saya itu
kerana mereka sudah tiada di situ. Siapakah dia? Ingin sangat saya bertemu
dengannya tapi tiada peluang. Sebelum beredar, aunty itu sempat membebel dan menasihati
saya dalam bahasa Malaysia. Apa-apa jerlah. Die berhak memarahi saya kerana
kecuaian sendiri. Tq very much aunty dan pelancong jepun..
Masa terus berlalu merentasi
waktu zohor. Cuaca dua hari ini sangat menyebelahi kami. Mendung tetapi cukup
memancarkan cahaya yang terang. Im rushing right now. Kami menghabiskan sisa
masa yg ada untuk berposing sepuas-puasnya di sekitar Merlion Park.
![]() |
| dahaga |











